Realtime website trackingweb stats

Mak-mak mesti suka! Ini cara mudah basuh baju sekolah anak, tak perlu sental, pasti putih sampai akhir tahun

Oleh HADI KAMARUDIN

Untuk ibu-ibu yang ada anak bersekolah, tip ini sangat berguna dan patut disimpan.

Walaupun baju sekolah anak baru dibeli, tidak mustahil ia sudah mulai kotor. Selain itu, daki juga kadang-kadang sukar ditanggalkan.

Cara yang dikongsi oleh Puan Leena Hassan ini sangat berkesan untuk memastikan baju sekolah tetap putih hingga akhir tahun.

Dia belajar daripada sepupunya yang seorang jururawat tentang cara mengekalkan kebersihan baju uniform dengan hanya menggunakan sabun mandi.

Puan Leena telah mempraktikkan cara ini untuk mencuci baju sekolah anaknya dan ternyata sangat berkesan.

Mak-mak mesti suka! Ini cara mudah basuh baju sekolah anak, tak perlu sental, pasti putih sampai akhir tahun

Bukan sahaja baju menjadi putih bersih, malah wangi pula. Yang paling penting, ia menjimatkan kerana tidak perlu membeli pencuci yang mahal.

Untuk ibu-ibu yang mempunyai anak sekolah tahun depan, bolehlah cuba cara yang dikongsi oleh Puan Leena ini. Confirm kurang sikit bebelan, sebab VK pun dah mencubanya!

“Saya telah lama mencari pelbagai formula dan jenama sabun baju untuk memastikan baju sentiasa putih, tetapi tidak pernah berjaya.

Guna Cloroc, baju jadi kuning. Guna nila, baju jadi lebam. Guna Vanish, kosnya tinggi. Jadi, saya tanya sepupu saya,

Siti Atirah Sharifuddin, yang bekerja sebagai jururawat. Apa rahsia jururawat menjaga uniform supaya sentiasa putih?

Saya suka menggunakan sabun Lux – Rose. Sebab bila baju kering, bau ros masih ada.

Memang perlu kerja lebih sikit untuk memarut sabun ketul, tetapi tidak mengapa kerana saya tidak terlalu sibuk untuk menjadikan itu alasan.

Rendam baju putih dengan sabun Lux yang diparut selama satu malam. Tambahkan sedikit sabun baju biasa. Keesokan harinya, teruskan dengan mesin basuh. Tidak perlu sental.

Dah siap, baju putih bersih!

BACA: Baru tahu sebab orang cina cepat kaya, ini rahsia yang diamalkan turun temurun