Seorang lelaki meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ke dalam anak sungai kecil
ketika meniti titi kayu di kebunnya di Sungai Arur, Long Tuma, Jalan Lawas Damit pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa yang berusia 56 tahun ditemui
oleh anaknya kira-kira pukul 7.40 pagi dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri
Di dalam anak sungai kecil sebelum menghubungi pihak bomba.
“Ketika kejadian, mangsa sedang membawa bakul besar untuk menyimpan buah-buahan dan melalui titi tersebut untuk dibawa pulang ke rumah.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi bertindak mengangkat mangsa menggunakan pengusung dan disahkan meninggal dunia oleh paramedik,” katanya.
BACA: Tak salah pasang CCTV, ini lokasi paling sesuai letak CCTV