Realtime website trackingweb stats

Tak salah pasang CCTV, ini lokasi paling sesuai letak CCTV

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pasang CCTV di rumah kini menjadi aspek keselamatan yang semakin penting.

Rakaman CCTV dapat berfungsi sebagai bukti jika berlaku kejadian jenayah

seperti pecah masuk rumah, dan ini memudahkan pihak polis dalam menjalankan siasatan.

Selain itu, CCTV juga membantu ibu bapa memantau anak-anak dan haiwan peliharaan ketika mereka tidak berada di rumah.

Berikut adalah tiga tip untuk memasang CCTV di kediaman anda:

Tak salah pasang CCTV, ini lokasi paling sesuai letak CCTV

3. Lokasi

Pilih lokasi yang strategik untuk pemasangan CCTV. Pastikan kawasan yang dipilih dapat memantau area yang luas.

Jika bajet membenarkan, pertimbangkan untuk memasang beberapa CCTV di lokasi-lokasi penting seperti ruang depan rumah yang menghadap pagar dan jalan raya, ruang dapur, serta kawasan belakang rumah.

CCTV juga boleh dipasang di bilik tidur, tetapi perlu diingat bahawa ini boleh mengganggu privasi jika rakaman tersebut boleh diakses oleh pihak lain.

2. Jenis CCTV

Terdapat dua jenis CCTV iaitu indoor (dalam rumah) dan outdoor (luar rumah). Pastikan anda memilih jenis CCTV yang sesuai dengan kawasan pemasangan.

CCTV yang terdapat di pasaran kini semakin canggih, jadi pilihlah CCTV berkualiti tinggi yang mampu membuat rakaman berdefinisi tinggi (HD).

1. Pemeriksaan Berkala

Sebagai pemilik, anda perlu memastikan CCTV sentiasa berfungsi dengan baik. Dengan kemajuan teknologi, rakaman CCTV kini boleh diakses melalui telefon pintar.

Lakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan CCTV menghala ke arah yang betul dan berada dalam keadaan baik.

Langkah ini penting kerana ada pemilik yang gagal mendapatkan rakaman apabila kediaman dipecah masuk kerana tidak menyedari CCTV mereka telah rosak.

BACA: Shah Alam digemparkan dengan penemuan longgokan Ular Sawa dalam longkang