Duduk lama di hadapan komputer atau memandu kenderaan boleh menimbulkan risiko kesihatan kepada tubuh badan anda.
Selain daripada mengalami sakit-sakit badan, ada beberapa komplikasi penyakit lain yang mungkin timbul, antaranya:
Lemah Otot
Posisi duduk yang berpanjangan boleh menyebabkan otot badan, terutama di kaki dan punggung, menjadi lemah.
Kedudukan duduk yang lama menyebabkan otot fleksor di bahagian pinggul menjadi pendek dan tegang.
Ini boleh mengakibatkan hilangnya keseimbangan badan, meningkatkan risiko kecederaan akibat terjatuh terutama semasa melakukan aktiviti fizikal atau bersukan. Mereka yang bekerja di pejabat juga cenderung mengalami sakit belakang akibat duduk terlalu lama.
Obesiti
Lemak dan gula dalam badan boleh diproses melalui aktiviti fizikal seperti berjoging, berbasikal, atau berjalan. Namun, jika kita menghabiskan masa duduk terlalu lama, ia boleh menyumbang kepada masalah penghadaman yang tidak cekap.
Keadaan ini boleh menyebabkan lemak dan gula daripada makanan tidak digunakan oleh badan, dan mendap dalam darah, seterusnya meningkatkan risiko kenaikan berat badan yang mendadak dan obesiti.
Masalah Tulang Belakang
Duduk terlalu lama juga boleh menyebabkan sakit belakang kerana otot dan tulang menjadi kaku
. Masalah ini boleh menjadi lebih serius jika postur duduk tidak betul, kerana ia memberi tekanan berlebihan pada tulang belakang.
Penyakit Jantung
Kajian menunjukkan individu yang duduk dan menonton televisyen lebih dari 23 jam seminggu mempunyai risiko 64 peratus lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung, berbanding mereka yang hanya melakukan aktiviti tersebut selama 11 jam seminggu.
Sesetengah pakar juga menyatakan bahawa individu yang tidak aktif dan duduk lama mempunyai risiko 147 peratus lebih tinggi untuk mengalami serangan jantung atau strok.
BACA: Nampak sama tapi kegunaan 2 jenis plug ini berbeza, ramai tersalah pilih