Kejadian di mana bayi atau kanak-kanak ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ditinggalkan dalam kereta telah menjadi semakin kerap dilaporkan baru-baru ini.
Kesedaran tentang keselamatan anak-anak masih kurang di kalangan beberapa ibu bapa atau penjaga,
Mereka yang kadangkala bersikap kurang berhati-hati semasa membawa anak-anak keluar.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan telah senaraikan lima kaedah yang boleh membantu mengelakkan kejadian ibu bapa meninggalkan anak-anak secara tidak sengaja.
1. Jangan letak ‘baby seat’ di belakang kerusi pemandu
Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, adalah disyorkan untuk meletakkan kerusi kanak-kanak di belakang tempat duduk penumpang supaya ia berada dalam ruang pandangan, ingat sentiasa bahawa kerusi di belakang tempat duduk pemandu adalah ‘titik buta’ mereka.
2. Jadikan amalan periksa ruang kabin kereta
Mulailah amalan untuk memeriksa ruang kabin sekarang. Pastikan untuk memeriksa tempat duduk penumpang hadapan dan belakang sebelum mengunci kereta.
3. Letak patung permainan
Pilihlah patung bersaiz besar dan berwarna terang sebagai pengingat ketika anak berada di kerusi belakang. Ketika anak diletakkan di kerusi kanak-kanak, pindahkan patung tersebut ke kerusi penumpang hadapan.
Dengan begitu, teknik ini dapat membantu anda untuk ingat jika anak masih berada di tempat duduk belakang.
4. Letak barang anak di kerusi penumpang hadapan
Meletakkan barangan milik anak di tempat duduk hadapan boleh dijadikan peringatan bahawa anak anda masih berada di tempat duduk belakang.
5. Letakkan barang penting di belakang
Pemandu boleh menyimpan barang-barang penting seperti beg, tag kerja, kunci pejabat, atau sebelah kasut di bahagian ruang penumpang di belakang. Tetapi, adalah penting untuk tidak memandu tanpa memakai kasut.
Baca juga: