Realtime website trackingweb stats

Cara hilangkan bau hapak lepas basuh baju? Ini tips ‘rahsia’ yang anda perlu tahu

Oleh NURAIMAN

Ramai yang tahu cara membasuh baju namun tidak tahu cara ingin menghilangkan bau hapak pada baju yang dibasuh.

Ini kerana pada zaman moden ini, semuanya mudah kerana hanya perlu tekan dihujung jari.

Berikut adalah enam tips untuk menjaga agar aroma atau wangian pada pakaian yang dicuci dapat bertahan lama:

1. Mesin basuh memegang peranan penting dan memerlukan perhatian yang sama.

Jangan hanya memikirkan kebersihan pakaian, tetapi pastikan mesin basuh juga selalu dalam keadaan bersih.

Cara hilangkan bau hapak lepas basuh baju? Ini tips ‘rahsia’ yang anda perlu tahu.

Amalkan pencucian mesin basuh secara berkala untuk menghindari pertumbuhan kulat yang mungkin melekat, yang boleh menyebabkan bau hapak pada pakaian.

2. Selain mencuci pakaian secara biasa dengan mesin basuh, anda juga boleh mencuci dengan menggunakan air panas.

Walaubagaimanapun, disarankan untuk tidak melakukannya terlalu kerap. Sesekali sudah mencukupi, kerana terlalu kerap menggunakan air panas boleh menyebabkan pakaian cepat reput.

3. Banyak di antara kita suka ‘memeram’ baju dalam bakul pakaian kotor selama seminggu atau lebih sebelum mencucinya. Biasanya, kita menunggu hari cuti baru mencuci pakaian.

Walaupun amalan ini lazim, sebenarnya tidak disarankan. Hal ini disebabkan bakteria dapat berkembang biak dengan cepat pada pakaian yang tidak dicuci dalam jangka masa yang lama.

4. Terdapat banyak pakaian yang perlu dibasuh, tetapi sering kali kita malas menunggu. Sebagai penyelesaian, kita sering mencuba untuk memuatkan semua baju dalam satu cucian.

Ini sebenarnya bukan pilihan yang baik! Elakkan mengisi mesin cuci sehingga overload. Sebaiknya, lakukan pencucian secara berperingkat. Jika terdapat banyak pakaian, lebih baik bersabar dan melakukan beberapa sesi cucian.

5. Selepas mencuci baju, elakkan meninggalkannya dalam mesin basuh untuk jangka masa yang lama. Pakaian yang masih lembap boleh menjadi berbau hapak jika tidak segera dijemur di bawah cahaya matahari. Jadi, pastikan untuk tidak melengah-lengahkan proses ini!

6. Setelah menjemur, pastikan pakaian anda benar-benar kering. Jangan angkat dan lipat pakaian yang masih lembap. Yang paling penting, hindari memakai pakaian yang belum kering sepenuhnya, kerana hal ini mungkin mempengaruhi kesihatan kulit anda.

Baca juga: Cara buat bateri telefon tahan lama! Senang je ikut tips ni!