Kadang-kala, berat badan akan buatkan diri kita hilang keyakinan diri.
Apa-tidaknya, seringkali bila berhadapan dengan orang ramai, langsung tiada rasa confident kerana bentuk fizikal.
Selalu tertanya-tanya, benarkan ada yang dapat turunkan berat badan dengan cepat.
Dengar cerita, ada yang boleh hilangkan berat badan 10kg dalam masa seminggu.
Benar atau tidak, kami tidak pasti. Apa yang kami pasti, 10 cara ini pasti akan dapat menurunkan berat badan anda.
Ini kerana, ia tidak menggunakan apa-apa produk seperti Herbalife dan Shaklee. Paling penting, ia lebih terarah kepada yang semulajadi.
1. ELAKKAN MAKAN MALAM
Cuba tips mengurangkan berat badan yang pertama ini. Elakkan makan waktu malam kerana badan memerlukan masa 4 jam untuk mencerna makanan. Jika tidak sempat dicerna, ia akan jadi lemak!
Ramai yang tidak tahu, makan pada waktu malam selalunya antara larangan paling utama bagi mereka yang dalam usaha menguruskan badan.
Namun pakar nutrisi kini tahu bahawa adalah baik ‘mengorbankan‘ diet dengan makan makanan seimbang pada waktu malam daripada tidak makan langsung atau makan manakan ringan yang langsung tidak seimbang.
Sebaik-baik snek pada tengah adalah secucuk string cheese, sesudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan ataupun semangkuk kacang edamame.
2. JAUHKAN DIRI DARI GAJET DAN TV
Tahukah anda menurut satu kajian, makan sambil menonton televisyen sebenarnya akan mengambil 40% lebih banyak kalori daripada biasa. Malah makan sambil berSMS, memandu atau lain-lain aktiviti akan menyebabkan kita mengambil kuantiti makanan yang lebih dari biasa. Jadi, sebaik-baiknya ambil makanan, duduk dan terus makan walaupun anda makan seorang diri.
3. TIMBANG BERAT SETIAP HARI
Jika berat badan anda naik beberapa hari berturut-turut, ini bermakna anda perlu kurangkan atau lebihkan sedikit senaman harian anda.
4. SENAMAN REGANGAN 3 KALI SEMINGGU
Lakukan senaman ringan seperti tekan tubi, lunges atau squats sekurang-kurangnya selama 5 minit selang 30 saat. Senaman ini akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lebih banyak otot, lebih tinggi kadar metabolisme seseorang. Jadi lebih banyak kalori dapat dibakar dalam sehari.
5. SIBUKKAN DIRI SENDIRI
Kadangkala sedang kita duduk bersantai pasti akan terasa seperti mahu makan sesuatu. Setiap kali terasa ‘nak mengunyah’, pastikan anda sibukkan diri sendiri seperti hubungi rakan dan berbual dengan mereka. Kebiasaannya keinginan ‘nak menguyah’ ini hanya selama 5 minit sahaja. Selepas itu keinginan akan hilang.
6. MAKAN SARAPAN DALAM KUANTITI YANG BANYAK
Pernah dengar ungkapan Inggeris “Breakfast like a king, lunch like a prince, dinner like a beggar”? Percayalah, makan sarapan pagi adalah antara tips mengurangkan berat badan yang penting. Jangan sesekali tinggalkan breakfast.
Kajian menunjukkan sarapan pagi biasanya terdiri daripada makanan yang penuh karbohidrat dan protein yang boleh menyimpan tahap gula dan tenaga supaya anda tidak terlalu lapar sewaktu makan tengahari. Anda mungkin boleh pilih seperti putih telur, roti gandum atau ayam panggang sebagai sajian sarapan anda. Jangan lupa tips mengurangkan berat badan ini. Pastikan bersarapan dan tidak biarkan perut kosong sebelum keluar rumah.
7. ELAKKAN MINUMAN KERAS
Tips mengurangkan berat badan ini tiada kaitan dengan orang Islam. Abaikan sahaja.
Bagi non-Muslim yang minum minuman keras, tidak salah mengambil segelas minuman. Namun harus diingatkan minuman keras boleh menambah beratus-ratus kalori dan boleh menghilangkan selera makan anda.
Manjakan diri anda pada hujung minggu sahaja namun memadai hanya dengan segelas wain, beer yang ringan atau segelas soda. Ingat, setiap minuman tersebut mempunyai sekurang-kurangnya 100 kalori.
8. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah adalah salah satu tips mengurangkan berat badan yang cukup efektif. Buah-buahan tidak mempunyai lemak malah kaya dengan air. Jadi ia akan membantu mengurangkan jumlah pengambilan makanan dan juga ruang di dalam perut anda kerana buah-buahan baik untuk proses pelawasan. Jangan fikir tentang kiraan karbohidrat dalam sebiji buah kerana buah-buahan memang mempunyai tinggi karbohidrat dan serat sihat yang baik untuk badan.
9. PASTIKAN CUKUP TIDUR
Menurut kajian, tidur 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lewat dari biasa sebenarnya dapat membantu anda membuat pilihan makanan yang betul. Di samping itu apabila anda mendapat rehat yang cukup, anda kurang terdedah kepada keletihan dan tekanan.
10. BAYANGKAN DIRI KURUS
Ini tips mengurangkan berat badan yang terakhir. Anda kena pandai berimaginasi. Apa salahnya berangan? Bukan kena bayar pun kan?
Apabila anda berasa goyah atau semangat anda hilang, bayangkan diri anda kurus dan langsing. Motivasi secara visual dapat membantu anda supaya fokus dengan matlamat untuk kurus.
AKHIR KATA
Jangan terburu-buru dalam proses mengurangkan berat badan. Biar perlahan-lahan, asalkan berat turun. Yang paling penting, kena istiqamah dan konsisten dalam menurunkan berat badan.
Jika ada masa, tonton video rasmi dari Kementerian Kesihatan mengenai 7 langkah bagi mengurangkan berat badan. Seperkara lagi, pastikan anda cuba diet yang betul untuk kurus. Barulah berkesan!.
Kami doakan agar anda dapat mencapat berat badan yang dihajati. Selamat berjaya!
Baca juga:lepas beli kuali baru, beli jangan terus guna ini yang perlu anda buat sebelum menggoreng