Realtime website trackingweb stats

Jangan makan ubat! Ini petua mujarab buang angin dalam badan paling pantas

Oleh SHAZLIN AZIZ

Masalah ‘angin’ dalam badan boleh membuatkan seseorang merasa lesu dan tidak bermaya.

Ada yang menyebutnya sebagai ‘angin jahat’ kerana ia membawa banyak kesan buruk kepada tubuh badan.

Angin ‘jahat’ ini boleh berpunca daripada kurangnya rehat atau badan yang tertekan akibat bekerja melebihi waktu.

Namun, jangan risau. Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang lelaki bernama Mahadi Abdullah telah berkongsi teknik urutan untuk mengeluarkan angin ‘jahat’ dari badan.

Teknik urutan ini fokus pada empat bahagian tubuh badan. Mari kita lihat satu persatu.

Jangan makan ubat! Ini petua mujarab buang angin dalam badan paling pantas

1. Urut di kawasan telapak tangan

Urut di tapak tangan anda iaitu berhampiran ibu jari, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

2. Urut di kawasan belakang telapak tangan

Urut di bahagian telapak tangan, di antara ibu jari dan jari telunjuk, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

3. Urut di kawasan siku lengan

Urut di bahagian tengah siku lengan anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

4. Urut di kawasan tapak kaki

Urut di bahagian telapak kaki anda, gunakan rentak urutan ke kiri dan kanan.

Bagaimanapun harus diingatkan bahawa perkongsian ini hanya panduan alternatif.

Anda dinasihatkan untuk berjumpa pegawai perubatan bagi mendapatkan rawatan jika masalah yang dialami tidak berkurangan

BACA: Nasi goreng ‘Special’ campur Ais Krim berharga RM6