Seorang perunding kewangan telah mencuri perhatian ramai setelah mendedahkan rahsia di sebalik resit pengeluaran wang automatik (ATM).
Menurut pemuda tersebut, ramai yang tidak menyedari bahawa bahagian belakang resit ATM dari Maybank
sebenarnya mengandungi maklumat penting bagi pemilik akaun.
Ramai yang cenderung membuang resit tersebut tanpa memeriksa kandungannya terlebih dahulu.
Menurut perunding kewangan tersebut, maklumat di belakang resit itu boleh digunakan oleh pemilik akaun untuk memperoleh keuntungan yang signifikan.
Rupanya, maklumat di bahagian belakang resit tersebut mengandungi borang permohonan untuk membeli saham Initial Public Offering (IPO).
IPO adalah jenis saham yang ditawarkan kepada orang ramai untuk pelaburan sebelum syarikat tersebut disenaraikan di Bursa Malaysia.
Walaupun pelaburan melalui IPO tidak menjanjikan keuntungan yang stabil, ia dianggap mempunyai risiko yang lebih rendah berbanding sektor lain.
Perunding kewangan ini telah menyebarkan maklumat berharga ini melalui video tular di akaun TikTok miliknya.
BACa: Dengan hanya tengok kuku dah boleh tahu masalah kesihatan, ini caranya