Realtime website trackingweb stats

Rupanya ini punca singki bau busuk, guna je 4 bahan masakan ini ‘settle’ masalah

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Dapur sering kali menjadi kawasan yang mudah mengumpul bau busuk, terutamanya apabila terdapat campuran

Bau makanan dan tong sampah yang diletakkan di situ.

Selain itu, sisa makanan yang melekat dalam lubang sinki juga boleh menyumbang kepada bau tidak menyenangkan.

Di TikTok, seorang pengguna telah berkongsi cara mudah untuk mengatasi masalah bau busuk dari lubang sinki.

Kaedah ini hanya memerlukan masa kira-kira 15 minit dan melibatkan empat bahan utama: serbuk baking soda, cuka, tisu dapur, dan air panas.

Rupanya ini punca singki bau busuk, guna je 4 bahan masakan ini 'settle' masalah

“Jika dapur anda berbau busuk, kemungkinan besar bau itu datang dari lubang sinki. Berikut adalah cara mudah untuk menghilangkan bau tersebut:

1. Taburkan baking soda ke dalam lubang sinki.
2. Kemudian, tuangkan cuka di atasnya dan tutup dengan tisu dapur. Biarkan selama 15 minit.
3. Selepas itu, tuangkan air panas ke dalam lubang sinki. Bau busuk akan hilang,” kongsi pengguna tersebut.

BACA: Ramai yang takut nak istihar cukai pendapatan LHDN ini caranya