Filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) adalah salah satu filem Bollywood yang paling ikonik dan berkesan,
Terutamanya kerana keserasian luar biasa antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol. Kisah cinta penuh emosi ini menjadi salah satu tonggak
sejarah perfileman di India, dan adegan-adegan antara Rahul (SRK) dan Anjali (Kajol) terus dikenang oleh peminat hingga kini.
Namun, di sebalik layar, terdapat banyak keputusan kreatif yang dibuat pada saat-saat akhir, termasuk salah satu adegan paling ikonik dalam filem ini—ketika SRK memeluk Kajol.
Adegan ini, yang pada awalnya dirancang dengan cara berbeza, mengalami perubahan signifikan saat-saat akhir sebelum penggambaran.
Adegan yang dimaksudkan adalah di mana Rahul memeluk Kajol selepas dia merasa malu kerana mengubah penampilannya menjadi seperti Tina. Menurut pengarah, Karan Johar, pada asalnya, adegan itu dirancang untuk melibatkan ketiga-tiga watak berpelukan.
“Kalian harus tahu, di layar dan di naskah, semua berbeza. Seharusnya adegan itu hanya menunjukkan bagaimana SRK menenangkan Kajol dan Rani juga datang. Lalu mereka bertiga berpelukan bersama-sama, kemudian meneruskan cerita,” jelas Karan Johar, pengarah filem tersebut.
Walaupun naskah sudah ditulis dan semua pelakon sudah bersedia, Karan merasa tidak berpuas hati dengan adegan tersebut. Dia merasakan ada yang kurang dan akhirnya memikirkan alternatif lain semasa sesi penggambaran.
“Tapi aku merasa adegan itu agak aneh. Jadi aku berfikir, kenapa tidak melakukan adegan di mana Shahrukh memeluk Kajol, sementara dia menahan tangan Rani yang ingin pergi untuk memberi privasi?” tambah Karan.
Apabila adegan itu akhirnya ditukar dan hasilnya sangat memuaskan, Karan tidak menyesal dengan keputusannya membayar lebih untuk sewa lokasi. Dia gembira kerana watak Rahul tidak dianggap jahat disebabkan adegan ini.
Sebagai penonton, kita tentu bertuah dapat menyaksikan hasil akhir yang sangat menyentuh, membuktikan bahawa di sebalik setiap adegan yang sempurna, terdapat usaha dan risiko yang diambil untuk mencipta keajaiban di layar lebar.
BACA: Orang sakit tiba-tiba sihat, tak lama kemudian terus meninggal, rupanya ini puncanya