Realtime website trackingweb stats

Hanya dengan ‘asapkan’ pokok, rupanya ini petua mangga berbuah manis setiap tahun

Oleh AHMAD ISMAIL

Mereka yang memiliki tanah di sekitar rumah boleh memanfaatkannya dengan menanam pelbagai jenis pokok.

Antara pokok yang berbaloi untuk ditanam ialah mangga kerana ia tidak memerlukan penjagaan yang rumit dan agak mudah diuruskan.

Anda boleh mencuba petua yang dikongsi oleh pemilik TikTok Nacqris Backyard Garden untuk memastikan pokok mangga yang ditanam berbuah sepanjang tahun:

1. Pangkasan

Buat pangkasan setahun sekali untuk memastikan pokok menjadi rendang, serta menggalakkan pertumbuhan pucuk dan bunga.

Hanya dengan 'asapkan' pokok, rupanya ini petua mangga berbuah manis setiap tahun

Biasanya, pangkasan dilakukan pada dahan kedua dari batang utama dan dahan pertama. Selain itu, teknik kelaran batang dan menyiram dengan minyak masak terpakai juga boleh dicuba.

2. Perangkap lalat buah

Pasang perangkap lalat buah untuk membantu pokok mangga berbuah sepanjang tahun. Selain itu, ketika pokok berbunga, asapkan dengan kotak telur yang dibakar, lakukan ini dua hingga tiga kali seminggu.

3. Baja buah

Berikan baja buah sebulan sekali untuk memastikan kesuburan pokok. Jangan hapuskan kerengga kerana ia membantu mengelakkan perosak seperti kumbang dan burung bersarang.

Dengan mengikuti petua ini, anda boleh menikmati hasil buah mangga yang lebat dan berkualiti dari kebun anda.

BACA: Wanita kongsi tip daun pisang boleh tahan lebih seminggu!