Air pancuran yang deras di rumah pasti membuatkan sesi mandian dan cucian lebih memuaskan.
Namun, ada beberapa kediaman yang menghadapi masalah tekanan air rendah, menyebabkan air paip keluar dengan perlahan.
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok oleh Morsy Construction, terdapat petua untuk meningkatkan semula tekanan air paip di rumah anda.
“Masalah ini berlaku kerana terdapat ‘angin’ dalam saluran paip, yang dikenali sebagai air lock,” jelasnya.
Mari kita lihat solusi yang dikongsikan untuk mengatasi masalah ini.
Langkah pertama dalam solusi ini adalah untuk membuka kepala paip.
Menurut Morsy Construction, bidet paip perlu dibuka supaya udara yang terperangkap di dalam saluran dapat dikeluarkan.
“Apabila bidet paip dah dibuka, kita biarkan ‘angin’ di dalam saluran paip untuk keluar. Pada mulanya air akan keluar dengan tidak sekata.
“Selepas beberapa minit air mula memancut dengan laju, maksudnya tekanan di dalam paip sudah stabil. Kita juga boleh gunakan jari untuk korek di dalam paip kalau ada benda yang menghalang aliran air.
“Satu lagi ikhtiar, boleh juga tukar kepala paip (bidet) baharu yang mempunyai salur masuk lebih besar ,” jelas Morsy Construction.