Realtime website trackingweb stats

Rupanya teknik potong bawang putih boleh pengaruh rasa masakan, ini sebab ramai nak tahu

Oleh FATIN AQILAH

Jika anda seorang penggemar masakan dan sering membaca pelbagai resipi, pasti anda perasan ada pelbagai cara memotong bawang putih yang digunakan dalam masakan.

Ada yang dihiris, dipotong dadu, diracik, ditumbuk halus, dicincang, atau diketuk sedikit.

Apa kegunaannya dan benarkah terdapat perbezaan pada rasa masakan bergantung pada cara bawang putih dipotong?

Mari kita ketahui lebih lanjut tentang kesan cara memotong bawang putih yang berbeza ini melalui perkongsian

seorang ahli teknologi makanan, Faten Aqeela, yang sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang ini melalui laman TikTok miliknya.

Rupanya teknik potong bawang putih boleh pengaruh rasa masakan, ini sebab ramai nak tahu

Cara potong bawang putih boleh mempengaruhi rasa masakan

Menurut Faten, bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang akan dilepaskan apabila ia dipotong. Semakin banyak bawang putih dihiris, semakin banyak sebatian sulfur yang dikeluarkan. Sebatian ini adalah yang menyebabkan bawang putih berbau kuat dan rasa tengik.

Kajian menunjukkan bawang putih mengandungi lebih banyak sulfur berbanding sayuran lain. Oleh itu, masakan yang menggunakan bawang putih cincang atau pes bawang putih akan mempunyai rasa yang lebih kuat.

Namun, perkara ini hanya berlaku jika masakan tidak dimasak terlalu lama. Jika bawang putih dimasak bersama bahan lain dalam tempoh yang lama, rasa kuat bawang putih akan berkurangan kerana bawang putih telah sebati dengan bahan lain.

Sebaliknya, bawang putih yang “dipecahkan”, iaitu diketuk atau ditumbuk, akan mengeluarkan sebatian sulfur dalam jumlah yang lebih sedikit berbanding bawang putih yang dihiris. Oleh itu, masakan yang menggunakan bawang putih yang ditumbuk akan menghasilkan rasa yang lebih sederhana.

Bagaimana pula dengan bawang putih yang dimasak tanpa dipotong atau ditumbuk?

Jika bawang putih dimasak sebagai seulas tanpa dipotong atau ditumbuk, sebatian sulfur tidak akan dikeluarkan.

Ini menjadikan rasa bawang putih dalam masakan lebih manis. Rasa tengik bawang putih juga tidak begitu ketara dalam acar buah atau bawang putih.

Mungkin anda boleh mencuba sendiri untuk merasai perbezaan yang dihasilkan daripada cara potong bawang putih yang berbeza ini.

BACA: Baru tahu kerap buka tutup peti ais boleh buat bil melambung, ini rahsia jimat elektrik