Nanas biasanya enak dimakan begitu sahaja sebagai pencuci mulut atau sebagai campuran dalam koktail dan salad buah.
Buah tropika ini bukan sahaja kaya dengan pelbagai vitamin seperti A, C, K, B6, kalium, magnesium, protein, zink, dan kalsium,
Tetapi juga rendah kalori dan sarat dengan khasiat kesihatan.
Berikut adalah lima manfaat nanas untuk kesihatan:
Membantu Mengatasi Arthritis
Nanas mengandungi bromelain, sejenis enzim dengan sifat antiradang yang boleh membantu mengurangkan keradangan pada sendi. Menurut kajian oleh Dr. Sarah Brien dari University of Southampton, bromelain dalam nanas boleh mengurangkan gejala arthritis.
Mengurangkan Risiko Kanser
Penyelidik Barbara Romano dari University of Naples Federico II, Itali, mendapati nanas boleh membantu mengurangkan risiko kanser. Kajian lain juga menunjukkan bahawa nanas membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan keradangan, faktor yang menyumbang kepada risiko kanser.
Meningkatkan Imuniti
Nanas boleh meningkatkan imuniti dan menyekat keradangan. Dalam kajian sembilan minggu oleh Mavil May C. Cervo ke atas 98 kanak-kanak, mereka yang makan nanas setiap hari mempunyai hampir empat kali lebih banyak sel darah putih yang melawan penyakit berbanding kanak-kanak yang tidak makan nanas.
Menyembuhkan Batuk
Makan nanas dipercayai dapat mengurangkan batuk dengan mengeluarkan lendir, sekali gus membantu meredakan batuk. Nanas juga boleh dijadikan jus dan diminum untuk tujuan ini.
Baik untuk Kulit dan Rambut
Nanas mengandungi vitamin C yang membantu mendapatkan rambut yang lebih lembut dan bersinar. Sifat antiradangnya, berkat enzim bromelain, juga mampu mencegah jerawat dan ruam kulit.
Dengan manfaat-manfaat ini, nanas merupakan pilihan yang baik untuk dimasukkan dalam diet harian.
BACA: Baru tahu rupanya Mr Bean dalam dunia realiti pernah bawa Kapal terbang