Kaum ibu sering menghadapi masalah apabila baju suami atau anak-anak terkena kotoran dakwat pen.
Walaupun banyak yang mengatakan kesan ini sukar dihilangkan,
sebenarnya ada cara mudah untuk menyelesaikannya, iaitu dengan menggunakan penyembur rambut.
Ingin tahu caranya? Ikuti langkah-langkah berikut:
1. Semburkan penyembur rambut pada bahagian yang terkena kotoran.
2. Gosokkan kotoran tersebut dengan menggunakan span basah sehingga warnanya pudar.
3. Semburkan penyembur rambut sekali lagi dan gosok sehingga kotoran betul-betul hilang.
4. Biarkan kain tersebut selama beberapa minit pada suhu bilik.
Hasilnya, kain akan menjadi bersih dan bebas dari kesan kotoran.
Selain penyembur rambut, alkohol juga boleh digunakan kerana kedua-dua bahan ini terbukti efektif dalam mengatasi kandungan minyak dalam dakwat kekal.
Kesan kotoran yang baru terkena lebih mudah untuk dibersihkan, jadi pastikan anda tidak bertangguh dan segera bersihkannya.
Jika anda mempunyai cara lain yang berkesan, kongsikan dengan kami!