Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya ada cara beli baju H&M tanpa perlu guna duit!

Oleh FATIN AQILAH

Ada pakaian lama yang anda tidak mahu lagi? Hantar saja ke H&M!

Dengan ini, anda bukan sahaja dapat menyumbang kepada alam sekitar, tetapi juga menerima ganjaran!

Apa ganjaran yang dimaksudkan?

Melalui kempen ini, anda akan menerima voucher diskaun sebanyak 15%!

Ini bermakna anda boleh membeli pakaian H&M dengan harga yang lebih murah!

Baru tahu rupanya ada cara beli baju H&M tanpa perlu guna duit!

Ikuti langkah-langkah berikut:

1. Setiap beg plastik berisi kain lama layak mendapat satu voucher. Wow!

2. Hanya hantar bungkusan kain lama tersebut ke kaunter dan nyatakan bahawa anda ingin mengitar semula. Anda akan menerima voucher tersebut!

3. PENTING! Setiap voucher hanya boleh digunakan untuk satu item dengan harga normal, bukan untuk item promosi. Selain itu, satu voucher hanya untuk satu barang, bukan untuk satu resit. Wow, sangat berbaloi!

4. Voucher ini mempunyai tarikh luput, iaitu dalam tempoh dua tahun.

5. Semua cawangan H&M yang menyertai program kitar semula ini!

APA YANG H&M LAKUKAN DENGAN FABRIK TERPAKAI INI?

Semua fabrik yang dihantar oleh pengguna akan diletakkan dalam kotak pengumpulan pakaian. Rakan kongsi H&M, iaitu IO, akan mengasingkan fabrik tersebut ke dalam tiga kategori:

REWEAR: Fabrik yang masih boleh dipakai akan dijual sebagai barangan terpakai atau bundle.

REUSE: Fabrik yang sudah lama dan usang akan diubah menjadi produk baru, seperti kain lap.

RECYCLE: Fabrik yang tidak boleh dipakai akan diproses menjadi fiber fabrik, contohnya kain penebat

BACA: Semudah itu Khairul Aming padam amarah netizen, cara KA buat ramai puas hati