Madu, sebagai makanan sunnah Rasulullah SAW, menawarkan pelbagai manfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Proses mendapatkan madu bukanlah mudah, namun dengan kemajuan teknologi moden, madu kini boleh didapati dengan mudah di pasar raya.
Walau bagaimanapun, pembeli perlu berhati-hati dengan kehadiran madu campuran di pasaran yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan cepat.
Melalui satu hantaran video di laman TikTok oleh Darlina, petua mudah untuk menentukan ketulenan madu yang dibeli telah dikongsikan.
Madu yang asli akan menunjukkan corak tertentu seperti berikut.
Menurut Darlina, langkah pertama ialah dengan menuangkan sedikit madu ke dalam pinggan kaca atau mangkuk kecil.
“Seterusnya, tuangkan sedikit air ke atas madu tersebut. Kemudian, angkat pinggan dan pusingkan perlahan-lahan.
“Selepas beberapa ketika, anda akan dapat melihat hasilnya. Jika madu tersebut asli, corak yang menyerupai sarang lebah akan timbul pada madu.
“Jika corak tersebut tidak muncul, kemungkinan besar madu tersebut tidak tulen dan telah dicampur dengan gula,” jelas Darlina.