Realtime website trackingweb stats

Rider p-hailing selamba makan makanan pelanggan raih perhatian netizen

Oleh ADINDA

Seorang usahawan di Noida terkejut apabila mendapati hidangan yang dipesan dari restoran tempatan,

Ola Foods, telah dimakan oleh penghantar (rider) mereka, lapor stesen penyiaran NDTV.

Rakaman yang dimuat naik di Instagram oleh akaun @amanbjaiswal menunjukkan rider tersebut

sedang menikmati kentang goreng yang dipesan oleh seorang lelaki bernama Jaiswal.

Klip video tersebut dirakam sendiri oleh Jaiswal berhampiran kediamannya.

Rider p-hailing selamba makan makanan pelanggan raih perhatian netizen

Sebelum itu, rider yang sama telah menelefon Jaiswal dan meminta bayaran tambahan melebihi caj penghantaran yang telah ditetapkan. Jaiswal juga terpaksa menunggu selama 45 minit untuk menerima pesanannya.

“Buat apa sahaja yang kamu mahu,” kata rider itu sambil makan makanan pelanggan di atas motosikalnya ketika perbuatannya terbongkar.

Ola Foods belum memberikan sebarang maklum balas mengenai kejadian tersebut. Rakaman itu telah menjadi tular di media sosial, dan rata-rata netizen berang dengan sikap rider itu yang dianggap tidak jujur dan melanggar etika pekerjaan.

BACA: Rupanya ini cara guna aircond yang betul, no.4 tu ‘confirm’ bil tak melambung