Kadar bil elektrik yang tinggi menjadi salah satu faktor pemilik rumah merasa ‘takut’ untuk memasang ‘aircond’ penghawa dingin di kediaman mereka.
Walau bagaimanapun, cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini
Membuat orang ramai mula ‘mengintai’ kos penggunaan alatan elektrik tersebut.
Namun tahukah anda, pengguna masih boleh berjimat sambil menggunakan aircond dengan mengikuti
langkah-langkah yang dikongsi wanita bernama Nur Nadia ini.
1. Tutup suis utama
Sentiasa ingat untuk tutup suis utama setiap kali anda mahu mematikan penghawa dingin. Dengan cara ini, penggunaan elektrik dapat dijimatkan sebanyak 10 peratus.
2. Guna timer
Menghadkan penggunaan aircond dengan tetapan timer juga mampu menjimatkan elektrik di mana peralatan itu boleh ditutup pada waktu tertentu secara automatik.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24 darjah Celcius atau lebih. Jika ditetapkan di kadar rendah, ‘compressor’ terpaksa bekerja menurunkan suhu di mana ia menyebabkan pengguna tenaga yang tinggi.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, lalu memerlukan lebih banyak tenaga elektrik dan membawa kepada kos penyelenggaraan yang tinggi.
5. Servis secara berkala
Segera servis unit penghawa dingin sekiranya peralatan tersebut mula meniupkan udara panas. Jika mahu lebih jimat, pilih aircond jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Kipas juga boleh menyejukkan ruang dan suhu. Jika kedua-dua alatan itu dipasang secara alternatif, penghawa dingin tidak perlu dipasang dalam tempoh yang lama.
Baca juga:Ini senarai Gaji, elaun Ahli Parlimen, ADUN ramai tak tahu