Realtime website trackingweb stats

Betul ke penyaman udara ‘inverter’ lebih jimat duit? akhirnya Abang Elektrik buka cerita

Oleh HADI KAMARUDIN

Pelbagai teknologi penyaman udara telah diperkenalkan untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, termasuk penyaman udara inverter dan non-inverter (biasa).

Namun, terdapat pendedahan di media sosial yang mendakwa penyaman udara berteknologi inverter tidak sesuai dipasang di tempat terbuka

Dalam kediaman seperti ruang tamu. Dikatakan bahawa penyaman udara ini terpaksa bekerja lebih keras dan akhirnya menggunakan lebih banyak tenaga.

Perkara ini telah dijelaskan dengan lebih lanjut oleh seorang juruteknik dikenali sebagai Abang Elektrik di laman TikTok.

Apakah itu Penyaman Udara Inverter?

Betul ke penyaman udara 'inverter' lebih jimat duit? akhirnya Abang Elektrik buka cerita

Abang Elektrik menjelaskan bahawa penting untuk memahami apa itu penyaman udara inverter sebelum meneruskan kupasan.

“Penyaman udara inverter dilengkapi dengan pemampat (compressor) yang mempunyai banyak ‘gear’ atau dalam bahasa teknikalnya rotation per minute (RPM).

“Pemampat ini boleh melaraskan kelajuan berdasarkan keadaan persekitaran. Jika suhu semakin panas, pemampat akan berfungsi dengan lebih laju.

Sebaliknya, jika suhu rendah, pemampat akan berjalan dengan lebih perlahan, menyebabkan penjimatan tenaga. Penyaman udara non-inverter pula berfungsi pada kuasa penuh hampir sepanjang masa.

“Contohnya, jika suhu penyaman udara diatur kepada 24 darjah Celsius dan suhu bilik meningkat ke 25 darjah Celsius, pemampat akan diaktifkan dengan kuasa penuh untuk menyejukkan kembali ruang,” jelas Abang Elektrik.

Seterusnya, Abang Elektrik membuat analogi antara penyaman udara dan basikal untuk memudahkan pemahaman.

“Macam basikal, ada yang bergear dan ada yang biasa. Jika kita mengayuh dalam hutan, kita akan pilih basikal bergear supaya tenaga lebih jimat.

Kita boleh sesuaikan kayuhan dengan keadaan jalan tanpa perlu mengerah kudrat setiap masa. Sama juga konsepnya dengan penyaman udara inverter dan non-inverter,” terangnya.

Penyaman Udara Inverter di Ruang Tamu

Menurut Abang Elektrik, di tempat terbuka seperti ruang tamu, penyaman udara inverter sukar untuk mengekalkan kelajuan pemampat yang tetap, menyebabkan teknologi ini tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ruang tamu adalah kawasan yang luas dan sering melibatkan kawasan lain seperti dapur, jadi penyaman udara inverter sukar untuk mengekalkan kelajuan pemampat pada tahap efisien.

Akibatnya, ia perlu berfungsi pada kuasa penuh juga.

“Jadi, jika di ruang terbuka, perbezaan penjimatan antara penyaman udara inverter dan non-inverter tidak ketara. Penyaman udara inverter lebih efektif di ruang tertutup seperti bilik tidur.

Kesimpulannya, saya sarankan untuk menggunakan penyaman udara non-inverter di ruang tamu,” ujar Abang Elektrik.

BACA: Kulit Telur Sebagai Baja: Teknik Betul Menyuburkan Tanaman