Realtime website trackingweb stats

Sah ke solat makmum sekiranya baca al fatihah serentak dengan imam? Ini penjelasan ustaz

Oleh SHAZLIN AZIZ

Surah al-Fatihah adalah salah satu rukun utama dalam solat.

Biasanya, dalam solat berjemaah, makmum akan membaca surah al-Fatihah selepas imam selesai membacanya.

Namun, timbul persoalan di media sosial tentang sah atau tidak solat seorang makmum jika dia membaca surah al-Fatihah serentak dengan imam.

Ustaz Haffa telah menjelaskan perkara ini secara tuntas melalui satu perkongsian di laman TikTok.

Menurut Ustaz Haffa, solat tetap sah jika anda membaca surah al-Fatihah tanpa menunggu imam menghabiskannya terlebih dahulu.

Sah ke solat makmum sekiranya baca al fatihah serentak dengan imam? Ini penjelasan ustaz

Namun, amalan ini boleh dikira sebagai makruh (tidak disukai oleh Allah SWT) jika dilakukan tanpa alasan yang kukuh.

“Amalan ini makruh jika dilakukan tanpa sebab, tetapi jika ada alasan yang wajar, ia dibenarkan.

“Sebagai contoh, jika imam membaca surah al-Fatihah terlalu cepat dan anda risau tidak sempat menghabiskan bacaan, maka dalam situasi seperti ini, boleh membaca surah al-Fatihah serentak dengan imam.

Solat anda tetap sah dan tidak makruh. Namun, jika dilakukan secara sengaja tanpa alasan yang kuat, ia dianggap makruh.

“Lebih baik untuk kita mendengar bacaan al-Fatihah dari imam terlebih dahulu, dan selepas imam selesai, barulah kita menyambung dengan bacaan al-Fatihah kita sendiri. Ini adalah amalan yang dituntut oleh syarak,” jelas Ustaz Haffa.

BACA: Baru tahu rupanya wallpaper Windows XP ini bernilai 1 juta dolar, ini kisah sebenar disebalik gambar