Realtime website trackingweb stats

Individu dakwa ‘termakan’ hasutan doktor , rasa menyesal vaksinkan anak

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang individu di TikTok baru-baru ini meluahkan rasa kesal selepas membiarkan doktor memberi suntikan vaksin kepada anaknya. Rasa buat dosa besar

Katanya, bukan sekadar rasa menyesal, malah turut menganggap ia merupakan satu perbuatan dosa besar yang pernah dilakukannya.

“Serius saya rasa dosa yang paling besar adalah tervaksin anak sejak kecil. Sungguh rasa bersalah,” katanya.

Bahkan, individu tersebut turut mendakwa para doktor dan jururawat mempunyai sasaran dalam memberi vaksin kepada kanak-kanak.

“Doktor dan jururawat ada target atau Petunjuk Prestasi Utama (KPI) secara paksa rasanya. Sebab itu mereka buat kerja secara paksa hasut orang,” tambahnya.

Individu dakwa ‘termakan’ hasutan doktor , rasa menyesal vaksinkan anak

Dakwa doktor dan jururawat kejar KPI

Bagaimanapun, individu itu tidak memberitahu sama ada vaksin yang diterima oleh anaknya itu adalah vaksin COVID-19 atau vaksin yang telah ditetapkan dalam Jadual Imunisasi Kebangsaan oleh KKM.

Rata-rata netizen yang melihat luahan individu tersebut berasa tidak puas hati kerana menganggap dia ‘mencabul’ hak anaknya untuk mendapatkan perlindungan kesihatan yang sewajarnya.

BACA: Risau daging berbau hamis? Guna 2 bahan ni ‘confirm’ hilang bau