Risau daging berbau hamis maka selepas ini ada peti ais yang penuh dengan daging korban.
Kalau tak dimasak dengan betul, daging akan berbau hamis dan pastinya sukar untuk makan dengan bau yang kuat.
Kalau nak masak dekat rumah, boleh guna cara yang dikongsikan oleh portal MyResipi ini, senang untuk dijadikan panduan.
Cara hilangkan bau hamis daging segar
Bahan-bahan:
Daging
3 sudu besar tepung gandum
2-3 helai daun nangka
Cara-caranya:
Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang sesuai untuk jenis masakan anda.
Masukkan ke dalam bekas dan tabur tepung gandum.
Masukkan juga daun nangka yang telah direnyuk-renyuk sedikit.
Gaul rata dan biarkan dalam 30 minit hingga 1 jam.
Bersihkan daging dan toskan hingga kering sebelum dimasukkan ke dalam juadah anda.
Hasilnya, daging tidak akan berbau malah lebih cepat empuk bila ingin memasak juadah yang diinginkan.
Cara hilangkan bau hamis daging kambing
Bau hamis daging kambing pula biasanya dihasilkan oleh lemak dan juga myoglobin – sejenis cecair merah yang selalu dianggap darah.
Ikuti petua dikongsikan Roslan Mamak Haji menerusi akaun Facebook.
Cara-cara:
Peram semalam dengan pes halia, bawang putih, yogurt dan rempah kari daging. Simpan dalam peti sejuk.
Cara lain:
Ambil beberapa helai pucuk daun jambu batu dan ramas dengan sedikit air. Kemudian toskan.
Curahkan air yang ditos tadi di atas daging dan ramaskan. Biarkan sekejap dan bilas beberapa kali.
Tumbukkan sedikit halia dengan bawang putih dan perapkan pada daging seketika.
Kemudian cuci bersih dan masak seperti biasa.
Lepas ini tak perlu pening kepala nak fikir cara nak hilangkan bau hamis daging, ikut sahaja tip mudah ini.
Baca juga:Baru tahu rupanya wallpaper Windows XP ini bernilai 1 juta dolar, ini kisah sebenar disebalik gambar