Realtime website trackingweb stats

5 jenis buah-buahan ‘bahaya’ dimakan pada waktu malam, ini puncanya

Oleh FATIN AQILAH

Pengambilan makanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam hidangan harian dapat memenuhi keperluan vitamin serta mineral untuk tubuh badan manusia.

Namun tahukah anda, hidangan buah-buahan sebenarnya tidak begitu sesuai untuk dimakan pada waktu tertentu kerana dikhuatiri dapat memberikan kesan yang buruk.

Untuk memberikan manfaat yang optimum kepada tubuh badan, buah-buahan lebih sesuai dimakan di waktu pagi, siang, sebelum bersenam atau sebagai pencuci mulut.

Namun terdapat beberapa jenis buah yang tidak begitu sesuai dimakan pada waktu malam kerana boleh menyebabkan ketidakselesaan perut hingga mengganggu tidur.

Berikut kami kongsikan senarai buah-buahan yang tidak boleh diambil di malam hari terutamanya sebelum tidur berdasarkan artikel terbitan portal di atas talian, Medium.

5 jenis buah-buahan ‘bahaya’ dimakan pada waktu malam, ini puncanya

1. Buah Sitrus (Oren, Lemon, Limau Gedang)

Buah sitrus mengandungi kandungan asid yang tinggi sehingga boleh menyebabkan pedih ulu hati atau refluks asid. Sekiranya diambil sebelum melelapkan mata, pasti kesannya boleh mengganggu tidur anda.

2. Pisang

Pisang kaya dengan kalium dan gula. Selain meningkatkan kadar gula dalam darah, pengambilan buah-buahan ini pada waktu malam boleh menganggu tidur kerana ia menyebabkan perut kembung.

3. Mangga

Mangga juga boleh meningkatkan kadar gula di dalam darah kerana kandungannya yang tinggi dengan gula. Perut juga boleh menjadi tidak selesa jika dimakan dalam kuantiti banyak kerana kandungan seratnya yang tinggi.

4. Tembikai

Oleh kerana buah-buahan ini mengandungi kadar air yang sangat tinggi. Elak untuk mengambilnya sebelum tidur kerana ia boleh menyebabkan anda kerap ke tandas pada waktu malam.

5. Nanas

Buah nanas mempunyai kandungan gula yang agak tinggi selain boleh menyebabkan kembung perut. Enzim bromelain terkandung di dalam buah ini juga boleh menjadi punca ketidakselesaan perut untuk sesetengah individu.

Baca juga: Baru tahu rupanya wallpaper Windows XP ini bernilai 1 juta dolar, ini kisah sebenar disebalik gambar