Realtime website trackingweb stats

Cara selamat, buat sendiri krim pemutih dari bahan semula jadi

Oleh FATIN AQILAH

Nak kulit wajah putih tapi takut guna produk di pasaran? Kita semua tahu banyak produk pemutih wajah mengandungi bahan terlarang seperti hidrokuinon.
Baru-baru ini, banyak produk kecantikan termasuk pemutih wajah telah ditarik balik dari pasaran kerana masalah ini.
Malah, ada yang merupakan jenama tempatan yang biasa kita dengar.

Namun, anda tidak perlu risau lagi selepas mengetahui cara buat krim pemutih sendiri.

Dijamin selamat kerana hanya menggunakan sengkuang dan tanpa bahan kimia.

Cara selamat, buat sendiri krim pemutih dari bahan semula jadi

Nak buat pun senang, jadi kalau habis boleh buat lagi.

Bahan-bahan:

1 biji sengkuang saiz sederhana
2-3 sudu makan air lemon
1 sudu makan madu / minyak zaitun
1 gelas air

Langkah membuat:

Cuci, kupas dan parut sengkuang. Masukkan dalam bekas berisi air, ramas-ramas hingga air berubah menjadi pekat.

Tapis dengan penapis dan perah untuk dapatkan ekstrak.

Simpan sengkuang dalam peti sejuk semalaman.

Keesokan harinya, akan ada mendapan atau ekstrak putih dari pati sengkuang

. Buang air di permukaannya dan ambil mendapan sahaja.

Masukkan air lemon dan madu, kacau hingga sebati menjadi krim.

Masukkan krim dalam bekas yang sesuai dan siap untuk digunakan.

Cara penggunaan:

Gunakan krim ini sebagai pelembab muka harian, pakai secara teratur dua kali sehari.

Dalam seminggu, anda akan mendapat kulit putih, bersih dan halus.

Khasiat sengkuang:

Mencerahkan kulit, sebab itu ia sering digunakan dalam produk kecantikan termasuk masker.

Melambatkan penuaan melalui vitamin C yang terkandung di dalamnya.

BACA: 36 tahun hidup tak pernah guna duit, lelaki ini berbelanja guna kupon je