Bagi yang suka makan ayam kampung mesti tahu betapa susahnya nak lembutkan ayam sebelum boleh dinikmati.
Ini adalah sebab ayam kampung bebas daripada sebarang suntikan hormon, jadi isinya tidak besar seperti ayam biasa.
Ikuti perkongsian portal MyResipi mengenai cara untuk lembutkan ayam kampung biar senang dimakan.
Ini antara barang yang biasanya dijumpai dimana-mana rumah, baik menggunakan eletrik atau di atas dapur.
1. Guna pressure cooker
Ini antara barang yang biasanya dijumpai dimana-mana rumah, baik menggunakan eletrik atau di atas dapur.
Tekanan tinggi dari pressure cooker akan melembutkan isi ayam kampung dan ayam lebih cepat masak.
Masa diambil pun tak banyak sangat dan isi ayam dengan senang bertukar menjadi lembut.
2. Guna isi nenas
Perap ayam kampung dengan isi nenas yang telah dikisar selama sejam. Setelah sejam, anda hanya perlu cuci dan masak ayam seperti biasa.
3. Masukkan daun pisang
Walaupun sukar nak dapatkan daun pisang ini, ia bukanlah mustahil malah dekat pasar raya pun ada dijual.
Masukkan daun pisang abu ke dalam periuk yang berisi ayam dan masak seperti biasa. Keluarkan daun pisang tersebut apabila ayam anda sudah kelihatan empuk.
Selain itu, dengan memasak ayam bersama daun pisang, ayam anda akan mudah empuk. Daun pisang abu katanya boleh melembutkan isi ayam kampung yang liat.
4. Rebus dalam air kelapa muda
Rebus ayam bersama air kelapa muda selama beberapa minit sehingga ayam kelihatan empuk. Kemudian, toskan airnya dan masak ayam seperti biasa.
Air kelapa muda bukan sahaja boleh melembutkan isi ayam, ia juga boleh membuatkan masakan anda menjadi lebih enak.
5. Masukkan tempurung kelapa
Ketika merebus ayam, masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk. Ia mampu mempercepatkan proses melembutkan isi ayam kampung.
Baca juga: 36 tahun hidup tak pernah guna duit, lelaki ini berbelanja guna kupon je