Seorang lelaki telah menjalani kehidupan yang sangat berjimat cermat selama 21 tahun semata-mata untuk mengumpul wang bagi persaraan awal.
Menurut SCMP, lelaki berusia 45 tahun itu memulakan rancangan simpanan pada awal 2000-an selepas mendapatkan pekerjaan yang stabil.
Syarikat tempat dia bekerja mengkehendaki pekerjanya bekerja lebih masa, bahkan hingga larut malam.
Pengurusan syarikat sering mengingatkan kakitangan bahawa hanya dengan “bekerja keras dan lebih masa, mereka boleh menikmati kebahagiaan di masa hadapan.”
Oleh kerana itu, dia menetapkan sasaran untuk menjalani gaya hidup ‘bebas kewangan, bersara awal’, yang dikenali sebagai FIRE (Financial Independence, Retire Early).
Untuk mencapai sasaran ini, dia yang memperoleh gaji tahunan sekitar USD 32,000 (kira-kira RM149,000) merangka pelan untuk mengumpul simpanan sebanyak 100 juta Yen secepat mungkin.
Lelaki itu memulakan rancangan dengan menggelarkan dirinya ‘Lelaki Yang Pasti Akan Bersara Awal’ sebagai motivasi. Selama lebih dua dekad, dia tinggal di asrama syarikat dengan sewa sebanyak 30,000 Yen sebulan dan menggunakan perabot serta peralatan rumah yang terpakai.
Menurut SCMP, makanan hariannya sangat ringkas dan menjimatkan, termasuk buah plum masam, beberapa sayur masin, dan semangkuk nasi. Ada kalanya, dia menjadikan air minuman tenaga dari kedai serbaneka yang diperoleh dengan mata percuma sebagai ‘makan malam’.
Air berkarbonat dan biskut juga sering menjadi makanan utamanya sambil menonton filem bertemakan penjara. Dia bergurau bahawa kehidupan di syarikatnya tidak ubah seperti berada dalam penjara.
Apabila mesin ketuharnya rosak, dia hanya memakan keledek dari musim sejuk hingga musim panas. Lebih ekstrem, dia memanfaatkan cuaca panas untuk memasak di atas cermin kereta milik rakan sekerja.
Dia juga tidak pernah menggunakan penyaman udara atau pemanas; pada musim panas, dia memakai kemeja T yang dibasahkan untuk menyejukkan badan, manakala pada musim sejuk, dia lebih kerap bersenam untuk memanaskan badan.
Usahanya akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya menyimpan sebanyak USD860,000 (kira-kira RM4 juta).
Dalam pendedahan di media sosial awal tahun ini, dia mengungkapkan bahawa simpanan itu dicapai melalui penjimatan selama 20 tahun dan 10 bulan
Gaya hidup berjimat cermatnya juga memberikannya inspirasi untuk menulis sebuah buku mengenai cara menjimatkan wang, yang kini menjadi satu lagi sumber pendapatan.
Walau bagaimanapun, selepas mencapai kebebasan kewangan, dia mengakui kehidupan hariannya telah bertambah baik
Dia kini menikmati sarapan pagi dengan empat biji telur rebus dan telah membeli mesin ketuhar untuk menikmati makanan panas.
Namun, akibat penyusutan nilai mata wang Yen, dia mengakui simpanannya kini telah berkurangan dengan mendadak.
BACA: Rupanya flat PKNS Kampung sungai baru leasehold tapi leasehold itu apa?