Realtime website trackingweb stats

Ramai abai 3 perkara ini jadi punca kipas siling tak rasa angin walaupun berpusing laju

Oleh NUR KASIH

Selain penyaman udara, kipas siling juga merupakan alternatif untuk menyejukkan rumah.

Namun, terdapat kalanya kipas siling terasa anginnya perlahan dan tidak berkesan dalam mengurangkan kepanasan di dalam rumah walaupun sudah berputar dengan laju.

Menurut satu perkongsian di laman Facebook oleh The_FIXER, beberapa faktor mungkin menyebabkan kipas siling anda gagal mencapai fungsinya dengan baik.

1) Saiz kipas

Kekuatan angin bergantung sepenuhnya pada lebar bilah dan diameter kipas. Prinsipnya, apabila kelebaran bilah dan panjang diameter kipas bertambah, maka lebih kuat tolakan anginnya.

Ramai abai 3 perkara ini jadi punca kipas siling tak rasa angin walaupun berpusing laju

2) Jumlah bilah kipas

Konsepnya, semakin banyak bilah kipas, maka semakin kurang tolakan angin. Namun kipas akan menjadi lebih senyap dan stabil.

Jadi jangan pelik kalau kipas dengan tiga bilah menghasilkan lebih banyak angin berbanding kipas lima bilah.

3) Kedudukan kipas

Sekiranya anda mahukan kipas berfungsi dengan lebih efisien, pastikan tiada halangan berdekatan dengan kipas yang boleh menyekat aliran udaranya.

“Pastikan kipas tidak terlalu rapat dengan dinding serta siling. Jarak kipas harus 10 inci ke atas dari siling, tak boleh kurang daripada tu.

“Jangan ada halangan pada siling seperti alang rumah dan hiasan plaster (cornice),” jelas The_FIXER.

BACA: Baru tahu rupanya minyak masak terpakai boleh dicuci, ini teknik restoran terkenal guna