Menurut satu hantaran di Facebook, rumah banglo milik usahawan terkenal, Nur Sajat,
kini boleh dibeli dengan harga RM4.21 juta selepas pihak bank memutuskan untuk menurunkan harga lelongan.
Sejak Mei lalu, banglo tersebut belum menerima sebarang tawaran.
Pihak bank terpaksa menurunkan harga lelongan daripada RM4.68 juta kepada RM4.21 juta kerana tiada pembida.
Harga asal banglo itu ditetapkan pada RM9 juta selepas Nur Sajat memutuskan untuk berpindah ke Australia.
Kini, harga lelongan jauh lebih rendah daripada harga asal.
Banglo mewah tersebut mempunyai enam bilik dan tujuh bilik mandi dengan keluasan 7000 kaki persegi.
Sebelum ini, Nur Sajat membeli banglo tersebut daripada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri, pada tahun 2017 dengan harga RM7.5 juta.
BACA: Jangan buat 2 kali kerja! Ini cara cepat cuci kipas, atas lantai pun tiada habuk