Baru-baru ini, tular sebuah hantaran yang menunjukkan ‘selipar jepun’ yang dijual di Arab Saudi agak mahal berbanding di Malaysia
Menerusi hantaran itu, dapat dilihat seorang penjual memakai sarung tangan dan mempromosikan
selipar itu yang menunjukkan ia memiliki harga yang sangat tinggi.
Lebih menggelikan hati, selipar itu turut dijual dengan harga 4,590 Saudi Riyal (RM5,710.93)
Dan datang dengan pelbagai variasi serta warna yang diminati.
Bagaimanapun, rata-rata netizen terkejut dengan harga yang ditawarkan sambil menyifatkan ia hanyalah untuk ke tandas.
“Patut la ramai orang curi selipar masjid”.
We Malaysians use these sandals as a toilet footwear.. 🤔pic.twitter.com/bG1QeaveJ6
— JalalMisai (@jllmisai) July 16, 2024
“Punyalah mahal kat luar negara, dalam Malaysia cuma RM2.40.”
Baca juga:7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk ‘confirm’ tak keluar