Realtime website trackingweb stats

Ini senarai Gaji, elaun Ahli Parlimen, ADUN ramai tak tahu

Oleh SHAZLIN AZIZ

Susulan kenyataan kerajaan bahawa penjawat awam baharu tidak lagi akan terlibat dengan skim pencen, pelbagai cadangan telah timbul.

Langkah ini diambil sebagai usaha untuk meringankan beban fiskal negara pada masa depan.

Pada Rabu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, menyatakan bahawa Kabinet

Telah bersetuju bahawa perjawatan bagi penjawat awam baharu berstatus tetap adalah tidak berpencen

Pendirian ini diambil setelah menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang perlu ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, akan mencecah RM120 bilion setahun.

Ini senarai Gaji, elaun Ahli Parlimen, ADUN ramai tak tahu

Sehubungan itu, antara cadangan yang dikemukakan adalah agar perkara ini dimulakan terlebih dahulu membabitkan menteri, Ahli Parlimen (MP), dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) supaya mereka menjadi contoh terbaik kepada penjawat awam selepas ini. Cadangan ini juga telah disokong oleh Pemuda UMNO dan Pemuda MCA.

CUEPACS turut menyuarakan pandangan yang sama, mengatakan bahawa MP dan ADUN sepatutnya menjadi contoh kepada perubahan ini, memandangkan ramai wakil rakyat menerima gaji dan elaun tinggi serta hanya berkhidmat sekitar lima tahun sebelum layak mendapat pencen sepanjang hayat. Menurut Akta Ahli Parlimen (Pembayaran Gaji) 1980, gaji bulanan seorang MP, termasuk elaun mereka, boleh mencapai purata RM25,700.

MP juga boleh membuat tuntutan pelbagai elaun atau subsidi untuk tujuan tertentu. Berikut adalah gaji dan senarai elaun yang mereka layak terima:

  • Gaji: RM16,000 sebulan
  • Kehadiran mesyuarat Parlimen: RM400 sehari
  • Kehadiran mesyuarat agensi kerajaan atau bengkel: RM300 sehari
  • Elaun keraian: RM2,500 sebulan
  • Bayaran istimewa untuk MP bukan dalam pentadbiran: RM1,500 sebulan
  • Elaun perjalanan tetap: RM1,500 sebulan
  • Elaun bahan api: RM1,500 sebulan
  • Elaun tol: RM300 sebulan
  • Elaun pemandu: RM1,500 sebulan
  • Pembelian telefon bimbit: Hingga RM2,000 setiap dua tahun
  • Elaun bil telefon: RM900 sebulan
  • Pembelian komputer: Hingga RM6,000
  • Bantuan bayaran pakaian black tie: RM1,000 setiap tiga tahun
  • Elaun pakaian rasmi istiadat: Hingga RM1,500
  • Elaun pakaian sejuk
  • Lesen kenderaan percuma
  • Lawatan rasmi – Penerbangan kelas eksekutif
  • Lawatan rasmi – Penerbangan kereta api kelas pertama
  • Tugasan domestik melebihi 32 kilometer dari rumah: Elaun hotel sehingga RM400 semalam
  • Bayaran harian semasa perjalanan perniagaan: Dalam negara – RM100 semalam/ Antarabangsa – RM170 semalam
  • Elaun makanan semasa di luar negara: RM340 semalam

MP juga layak mendapat pencen selepas menamatkan 36 bulan perkhidmatan yang boleh diambil kira dan mencapai usia 50 tahun.

ADUN pula dilaporkan menerima elaun bulanan antara RM6,000 dan RM15,000 setiap seorang secara purata, bergantung kepada negeri masing-masing

. Contohnya, ADUN Sarawak mencatatkan gaji bulanan tertinggi sehingga RM15,000, diikuti oleh Melaka sebanyak RM12,000, Selangor dan Pulau Pinang masing-masing RM11,500, manakala Kedah, Terengganu, dan Pahang masing-masing sebanyak RM11,000. ADUN Perak dan Perlis pula menerima gaji terendah iaitu RM6,000 sebulan.

Selain itu, beberapa MP dan ADUN juga memegang jawatan di syarikat berkaitan kerajaan yang boleh memberi mereka pendapatan tambahan sebanyak RM40,000 hingga RM50,000 sebulan.

Kabinet telah bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Pengumuman mengenai tempoh serta tarikh pelaksanaannya akan dibuat oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). A

hmad Zahid juga menegaskan bahawa status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas tetapi golongan baharu yang dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

BACA;7 tempat misteri di dunia yang masih jadi tanda tanya, no. 2 tu kalau masuk ‘confirm’ tak keluar