Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya minyak masak terpakai boleh dicuci, ini teknik restoran terkenal guna

Oleh ADINDA

Minyak masak terpakai biasanya mengandungi mendapan dari sisa makanan yang digoreng.

Selain itu, minyak yang telah digunakan juga akan menjadi kehitaman dan berpotensi membahayakan kesihatan.

Melalui hantaran di laman TikTok @thunderstonedistribution, terdapat petua mudah untuk memisahkan sisa-sisa ini daripada minyak.

Cara yang dikongsi ini akan menjadikan minyak terpakai kelihatan jernih seperti baru, membuatkan anda lebih seronok untuk memasak di dapur.

Kotoran dalam minyak akan melekat pada tepung yang digoreng.

Baru tahu rupanya minyak masak terpakai boleh dicuci, ini teknik restoran terkenal guna

Bahan-bahan:

1) Tepung

2) Air

3) Bekas kosong

Langkah-langkah:

1) Masukkan setengah mangkuk tepung dan setengah mangkuk air ke dalam bekas.

2) Adun sehingga rata

3) Panaskan minyak sampai 60 peratus suhunya

4) Masukkan bancuhan tepung ke dalam minyak dan goreng sehingga kesemua kotoran diserap

5) Angkat gumpalan tepung tersebut, kini minyak masak akan kelihatan lebih bersih

Hasil selepas gorengan tepung.

Maklum balas netizen

“Ya betul, kami di restoran selalu buat macam ni juga, minyak akan lebih bertahan lama sebelum kena tukar baharu.

“Kalau minyak masak bersih baru makanan lebih elok,” demikian kata sebahagian warga maya

BACA: Baru tahu rupanya ibu bapa ada anak OKU boleh dapat road tax free! Ini caranya