Musim durian sudah tiba, dan ramai yang takkan melepaskan peluang untuk menikmati raja buah ini.
Namun, masalah yang sering dihadapi adalah bau durian yang melekat dalam kereta, walaupun hanya sekejap diletakkan.
Bau ini boleh bertahan sehingga tiga hari, membuatkan kita merasa pening.
Berikut adalah beberapa petua yang boleh dipraktikkan untuk menghilangkan bau durian dalam kereta dengan cepat:
Potong Tangkai Durian dan Letak di Jaring Aircond
Sebelum memasukkan durian ke dalam kereta, patahkan tangkai durian dan belah hujungnya. Letakkan tangkai tersebut pada jaring aircond kereta.
Buka Tingkap Kereta
Buka tingkap kereta dan jangan hidupkan aircond supaya bau tidak terperangkap dalam kereta.
Setelah sampai, buka bonet seketika untuk melepaskan bau durian. Biarkan tingkap sedikit terbuka untuk pengudaraan.
Letak Roti Semalaman dalam Kereta
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta, termasuk dalam bonet. Biarkan semalaman, biasanya bau durian akan hilang.
Gunakan Arang
Letakkan beberapa ketul arang di dalam kereta untuk menyerap bau durian.
Bunjut Serbuk Kopi
Bunjutkan serbuk kopi atau gunakan uncang kopi dan tinggalkan dalam kereta selagi bau durian ada.
Soda Bikarbonat
Letakkan serbuk soda bikarbonat dalam bekas terbuka dan biarkan beberapa jam dalam kereta. Ia juga boleh ditabur terus, tetapi perlu dibersihkan dengan vakum selepas itu.
Letak Daun Pandan
Potong daun pandan kepada beberapa bahagian dan letak di dalam kereta. Bau harum pandan akan membantu mendominasi bau durian.
Kupas Durian dan Letak dalam Bekas Kedap Udara
Minta penjual durian mengupasnya terus dan masukkan dalam bekas kedap udara. Balut bekas ini dengan plastik beberapa kali. Bau durian tidak akan terlalu menyengat dan anda boleh terus menikmatinya setibanya di rumah.
Dengan mengikuti petua-petua ini, bau durian dalam kereta anda akan hilang dengan lebih cepat dan anda boleh menikmati perjalanan dengan lebih selesa.
BACA: Lagi kes orang hilang, pemandu e-hailing tak balik rumah lepas hantar penumpang ke Teluk Intan