Realtime website trackingweb stats

Sisi ‘gelap’ Bell Ngasri terdedah, dalam tv kelakar rupa-rupanya garang di rumah

Oleh ABDULLAH HAMID

Di sebalik imej komedi yang sering ditonjolkan dalam lakonannya, ramai mungkin tidak menyedari bahawa Bell Ngasri sebenarnya adalah seorang bapa yang garang dan tegas di rumah.

Keperibadian Bell yang sebenarnya itu didedahkan oleh isterinya, Nur Farhana Mahamad Fauri, seorang penulis skrip drama tempatan.

“Beliau (Bell) sebenarnya garang dan tegas dengan anak-anak. Perbualan di rumah selalunya lebih serius,” ujar Farhana kepada mStar.

Menurut Farhana, anak-anak mereka tahu bahawa sikap Bell adalah serius, malah mereka jarang menonton drama atau filem lakonannya.

“Jadi, kadang-kadang anak-anak keliru sama ada Bell sedang berjenaka atau benar-benar serius,” tambahnya.

Sisi 'gelap' Bell Ngasri terdedah, dalam tv kelakar rupa-rupanya garang di rumah

Farhana berkongsi pandangannya semasa majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35), di mana Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular untuk kali ini.

Farhana juga memuji sikap kesabaran suaminya yang tidak pernah berputus asa dalam dunia seni sejak 37 tahun lalu.

“Selagi dia mampu, dia akan terus bekerja. Saya tidak pernah dengar dia mengeluh penat atau putus asa. Hanya ada masa dia fikir bagaimana untuk kekal relevan dalam industri lakonan,” ungkap Farhana.

Farhana juga mengakui bahawa kemenangan Bell sebagai Bintang Paling Popular adalah sesuatu yang tidak dijangkanya, terutamanya kerana Bell bersaing dengan ramai artis baru.

Selain daripada memenangi trofi Bintang Paling Popular, Bell atau Ngasrizal Ngasri juga memenangi kategori Artis Komedi Popular.

Dengan pengalaman panjang Bell dalam industri seni, Farhana memahami komitmen serta prinsipnya yang mengutamakan kerja keras.

“Sebelum kami berkahwin, saya sudah mengenali Bell dan melihat betapa komitednya dia dengan kerjanya. Dia hidup untuk bekerja,” jelas Farhana.

Bell dan Farhana berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan tiga orang anak.

BACA: Dah tahu punca kematian, tapi kenapa kena buat bedah siasat juga? Ini jawapan pakar