Realtime website trackingweb stats

Baru tahu fungsi butang ini cara pantas nak sejukkan kereta waktu panas

Oleh SHAZLIN AZIZ

Pastinya sukar bagi pemilik kereta untuk memulakan pemanduan terutamanya pada waktu tengah hari dengan cuaca panas yang terik.

Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Azbi Centre, petua berguna dikongsikan bagi mempercepatkan

sistem penyaman udara kereta untuk sejukkan ruang kenderaan dalam keadaan sedemikian.

Rupanya, anda hanya perlu mengaktifkan satu butang pada panel kereta yang mengawal lubang pengudaraan berhampiran cermin hadapan.

“Ramai orang terlepas pandang butang ini pada sistem penyaman udara kereta,” kata Azbi.

Baru tahu fungsi butang ini cara pantas nak sejukkan kereta waktu panas

Menurut Azbi, apabila anda memasang butang tersebut, angin sejuk daripada sistem penyaman udara akan diarahkan terus ke cermin hadapan.

“Pertama sekali, apabila masuk kereta selepas berada di tempat letak kereta yang panas, tukar penyaman udara untuk menghala angin ke cermin hadapan.

“Kelajuan angin penyaman udara tidak menjadi hal. Biarkan beberapa minit untuk membantu menyingkirkan haba yang terperangkap pada cermin kereta anda sebelum menukar semula kepada kedudukan biasa,” jelas Azbi.

Azbi turut berkongsi bahawa fungsi yang sama boleh digunakan ketika pagi hari apabila embun mula mengaburi cermin hadapan.

“Embun pagi boleh hilang dengan cepat apabila angin sejuk daripada penyaman udara diarahkan ke cermin. Tip ini sangat membantu untuk memastikan pemanduan anda lebih selesa,” tambah Azbi.

BACA: Puas hati tengok sayur gemuk-gemuk bila tanam belakang rumah, lagi puas hati tak keluar modal pun, ini caranya