Realtime website trackingweb stats

Rumah tiada kipas atau aircond tapi tetap sejuk ketika cuaca panas, lelaki ini dedah caranya

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bagi mereka yang berhasrat untuk membina atau mengubah suai kediaman, maklumat yang dikongsi oleh

Najmuddin Sulaiman mungkin berguna agar rumah yang dibina sejuk dan selesa tanpa menggunakan aircond.

Mengambil kira sistem pengudaraan rumah yang digunakan, Najmuddin menyatakan bahawa kediaman yang dibina dengan baik

boleh menjimatkan penggunaan elektrik, seperti yang diamalkan oleh orang Melayu dahulu.

Najmuddin menjelaskan bahawa terdapat beberapa perkara penting yang perlu dilakukan untuk memastikan rumah sejuk “tanpa aircond” di Kota Bharu, Kelantan.

Rumah tiada kipas atau aircond tapi tetap sejuk ketika cuaca panas, lelaki ini dedah caranya

“Tidak perlu pasang aircond,” inilah kata-kata daripada beberapa pengunjung yang telah melawat bangunan ini.

“Sejak awal saya membangunkan bangunan ini, saya telah mengkaji sistem pengudaraan yang digunakan oleh orang Melayu dahulu yang membuatkan rumah mereka sejuk tanpa aircond,” jelas Najmuddin dalam hantaran di Facebook mengenai kediaman yang dibina sebagai ‘pondok’ untuk warga emas.

Antara poin penting untuk memastikan “tidak perlu pasang aircond” adalah:

Bangunan mesti direka untuk melawan angin (timur-barat), kerana hampir sepanjang tahun angin bergerak dari timur ke barat. Jika angin datang dari utara, ia biasanya lebih kuat.

Bangunan ini mempunyai lorong di tengah untuk membolehkan udara mengalir dengan baik.

Di sekeliling bangunan, pada level siling, dipasang bata bunga (lubang angin) untuk membolehkan udara panas yang dihasilkan oleh manusia naik ke atas dan disedut keluar oleh bata bunga tersebut.

Tingkap direka untuk dibuka ke atas, bukan ke sisi seperti tingkap biasa. Setiap bingkai tingkap dibahagikan kepada tiga, dan ketika dibuka, ia bertindak sebagai “awning” untuk menahan hujan dan cahaya matahari.

Warna putih dipilih kerana ia adalah warna terbaik untuk memantul haba.

“Alhamdulillah, dengan kediaman yang sejuk tanpa aircond, bil elektrik menjadi lebih jimat,” ujar Najmuddin dalam hantaran beliau yang mendapat hampir lima ribu tanda suka.

BACA: Patutlah orang cina banyak simpan untuk pendidikan, melancong dan makan sedap, ini rahsianya rupanya