Hanya lima langkah, masalah lubang tandas tersumbat dapat diselesaikan dengan cepat, mudah, dan menjimatkan!
Garam sememangnya sinonim sebagai salah satu bahan penting dalam masakan
. Namun, tahukah anda bahawa garam juga mempunyai kegunaan lain yang bermanfaat ketika kecemasan?
Jika anda menghadapi masalah lubang tandas tersumbat, tidak semestinya ia perlu diselesaikan dengan bahan kimia.
Guna sahaja garam—ia bukan sahaja menjadi ‘penyelamat’ tetapi juga tidak mengandungi bahan kimia berbahaya.
Bahan-bahan:
-Satu atau dua cawan garam dapur
-Satu atau dua liter air panas
-Baldi
Cara-cara:
1. Tuangkan garam dapur ke dalam saluran tandas yang tersumbat.
2. Tuangkan air panas ke dalam saluran tandas yang telah dimasukkan garam. Pastikan air cukup panas untuk membantu melarutkan garam dan melepaskan kotoran yang tersumbat.
3. Biarkan campuran garam dan air panas meresap selama 30 hingga 60 minit. Proses ini akan membantu melepaskan kotoran yang tersumbat secara semula jadi.
4. Bilas saluran tandas dengan air bersih untuk membersihkan sisa garam dan kotoran yang telah larut.
5. Jika saluran masih tidak lancar, ulangi proses ini beberapa kali sehingga masalah tersumbat selesai.
Jangan lupa memakai sarung tangan semasa melakukan proses ini untuk melindungi tangan daripada kotoran atau bahan kimia yang mungkin terdapat dalam saluran.
Gunakan jumlah garam mengikut kesesuaian. Jika lubang tandas tidak tersumbat teruk, tidak perlu menggunakan banyak garam.
Lubang tandas biasanya tersumbat kerana adanya objek dalam saluran. Sebagai peringatan, elakkan membuang gumpalan tisu, tuala wanita, atau apa sahaja objek yang boleh menyumbat saluran.
BACA: Cuba tengok cermin, kalau di leher ada tanda-tanda ini, kemungkinan anak hidap penyakit ini