Berikut adalah kronologi kehilangan dan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25 tahun.
Mangsa berasal dari Sarawak dan merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) dengan Kepujian
Dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), bekerja di bahagian pemasaran digital sebuah kedai percetakan di Perak.
11 Julai 2024
-Polis menerima laporan pada jam 1.56 pagi mengenai kehilangan Nur Farah Kartini selepa
gadis itu menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Taman Universiti, Tanjung Malim.
-Nur Farah Kartini kali terakhir dilihat selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di sebuah taman perumahan di Tanjung Malim kira-kira jam 8 pagi pada 10 Julai.
-Mangsa kemudian dilaporkan menaiki sebuah kereta berwarna merah dengan nombor pendaftaran tidak dikenal pasti disebabkan hujan ketika itu.
-Gadis itu kali terakhir dilihat mengenakan pakaian korporat berwarna biru, bertudung, dan seluar slack hitam.
-Komunikasi terakhir dengan seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan adalah pada jam 8.14 pagi pada hari kejadian, dan selepas itu mangsa tidak dapat dihubungi.
12 Julai 2024
-Seorang kakitangan bahagian pengurusan kedai percetakan merayu Nur Farah Kartini untuk pulang, menurut laporan media.
-Nur Farah Kartini dikenali sebagai pekerja yang komited selama hampir setahun di kedai percetakan tersebut.
-Mangsa tidak bekerja dengan syarikat kereta sewa, tetapi membantu individu yang ingin menyewa kereta dengan mendapat komisen daripada usaha tersebut.
-Abang Nur Farah Kartini dari Selangor pergi ke Tanjung Malim pada malam hari kejadian untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kehilangan adiknya.
15 Julai 2024
-Mayat Nur Farah Kartini ditemui di FELDA Gedangsa, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang. Mangsa dipercayai dibunuh oleh individu yang dikenalinya.
-Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Khan, mengesahkan hasil pemeriksaan awal mengenai identiti mayat yang berkaitan dengan laporan kehilangan di Tanjung Malim.
-Seorang suspek berusia 26 tahun telah ditahan.
-Abang mangsa tiba di lokasi kejadian.
16 Julai 2024
-Seorang penjawat awam yang ditahan untuk membantu siasatan mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini, hadir di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada jam 8.48 pagi. Suspek berpakaian pelitup muka dan baju lokap polis berwarna oren.
-Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza, mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap penjawat awam berusia 26 tahun itu untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa suspek adalah teman lelaki mangsa. Siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada petang hari sebelumnya.
-Abang mangsa, Mohd Farriza Azmi Abdullah, mengatakan jenazah Nur Farah Kartini dijadualkan untuk dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Lereng Bukit, Miri, Sarawak, untuk dikebumikan.
BACA: Cuba tengok cermin, kalau di leher ada tanda-tanda ini, kemungkinan anak hidap penyakit ini