Realtime website trackingweb stats

Ini 4 posisi aircond tak sesuai dalam rumah, jadi punca bil melambung!

Oleh NUR KASIH

Melalui satu hantaran di laman Facebook oleh Kenchana Maju Electrical, sebuah syarikat kontraktor pemasangan penyaman udara,

Terdapat lokasi lain yang tidak sesuai untuk diletakkan penyaman udara kerana boleh menyebabkan pembaziran tenaga elektrik.

Menurut mereka, jika penyaman udara diletakkan di lokasi-lokasi ini, ia akan terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan ruang dalam rumah.

“Sekiranya penyaman udara diletakkan di sini, kadar penggunaan tenaga elektrik akan meningkat dan jangka hayatnya akan menjadi lebih pendek,” jelas Kenchana Maju Electrical.

Berhampiran bukaan seperti tingkap dan pintu

Ini 4 posisi aircond tak sesuai dalam rumah, jadi punca bil melambung!

Aliran udara panas dari luar menyebabkan sistem penyaman udara tidak dapat berehat dan perlu berusaha keras menyejukkan bilik.

Penyaman udara juga seharusnya diletakkan di tempat yang redup dan jauh dari sinaran matahari secara langsung.

Berdekatan punca haba

Oleh sebab itulah penyaman udara jarang dipasang di dapur. Selain itu, terdapat punca haba lain dalam rumah yang sering diabaikan seperti televisyen, peti sejuk, penapis air, modem WiFi, dan komputer.

Jauh daripada unit luar

Penyaman udara dalam rumah perlu berada dekat dengan unit luar, iaitu pemampat (compressor), untuk melancarkan proses pemindahan haba.

Berhampiran penyaman udara lain

Unit penyaman udara yang terlalu dekat antara satu sama lain akan menghalang aliran udara dengan efisien. Akibatnya, penyaman udara tersebut akan menggunakan lebih banyak tenaga elektrik daripada sepatutnya. – Kenchana Maju Electrical

BACA: Nasi sedap macam hotel mewah, ini bahan dia guna rupanya