Realtime website trackingweb stats

Pencuri sentuh macam kad T&G boleh hilang duit dalam akaun, ini cara elak ramai tak tahu

Oleh AHMAD ISMAIL

Pengodam masa kini semakin bijak dalam mencuri identiti peribadi orang ramai untuk kepentingan diri mereka.

Dalam satu perkongsian di laman TikTok, pakar keselamatan siber yang dikenali sebagai ImanCybersecurity

mendedahkan modus operandi penggodam ketika melakukan jenayah mereka.

Melalui video tersebut, Iman menunjukkan alat khas yang membolehkannya mendapatkan maklumat kad debit mangsa secara senyap-senyap.

“Ini sangat berbahaya, terutama di tempat sesak seperti pusat beli-belah dan pengangkutan awam.

Pencuri sentuh macam kad T&G boleh hilang duit dalam akaun, ini cara elak ramai tak tahu

“Penggodam hanya perlu mengimbas poket yang mengandungi dompet, dan maklumat kad debit anda boleh disalin menggunakan alat tersebut untuk dieksploitasi.

“Kita pun tidak menyedari apa yang berlaku,” jelas Iman.

Penyekat Gelombang RFID

Menurut Iman, benteng terakhir terhadap ancaman ini adalah dengan memasang penyekat radio-frequency identification (RFID) dalam dompet anda.

Peranti ini akan menghalang penggodam daripada mengimbas isyarat yang diperlukan untuk menyalin data kad debit.

“RFID blocker ini murah dan boleh didapati di platform e-dagang,” tambah Iman. – ImanCybersecurity

BACA: 5 tips pilih durian berisi lemak manis yang ramai tak tahu