Realtime website trackingweb stats

‘Tekan-tekan tak sejuk’, fahami fungsi setiap butang remote aircond

Oleh ARIF ABDULLAH

Penggunaan penghawa dingin atau air conditioner (AC) kini menjadi keperluan asas untuk mendinginkan badan terutama pada waktu cuaca panas.

Namun, untuk mengendalikan AC dengan betul, remote atau alat kawalan jauh adalah keperluan utama.

Adakah anda tahu maksud setiap simbol yang terdapat pada remote AC?

Jika anda tidak memahami maksud dan fungsi setiap butang tersebut, ini boleh menyulitkan fungsi AC untuk beroperasi

mengikut keinginan anda. Oleh itu, dalam entri kali ini, saya akan kongsikan maksud setiap butang yang terdapat pada remote AC.

'Tekan-tekan tak sejuk', fahami fungsi setiap butang remote aircond

Butang Kawalan Suhu

Fungsi butang ini adalah untuk mengawal suhu bilik dan menetapkannya pada suhu yang selesa bagi anda. Anda boleh menaikkan atau menurunkan suhu mengikut keperluan anda. Suhu paling rendah biasanya adalah 16°C manakala yang tertinggi adalah 30°C.

Butang Kipas

Jangan keliru dengan Mod Kipas, kerana butang Kipas ini berfungsi untuk mengawal kelajuan kipas dalam unit AC. Jika anda rasa panas, anda boleh tingkatkan kelajuan kipas dan jika sejuk, anda boleh kurangkan kelajuan. Semakin tinggi bar yang ditunjukkan, semakin kuat kelajuan kipas.

Butang Sleep

Jika anda tekan butang ini, ia akan mengurangkan bunyi unit AC semasa beroperasi. Ini berguna jika anda sensitif dengan bunyi semasa tidur dan ingin tidur dengan lebih tenang.

Butang Timer

Terdapat dua jenis butang di sini, iaitu Timer On dan Timer Off.

Timer On membolehkan anda menetapkan masa untuk unit AC beroperasi secara automatik pada waktu tertentu. Contohnya, anda boleh setkan AC untuk berfungsi pada pukul 2 pagi.

Timer Off membolehkan anda mematikan unit AC secara automatik pada masa yang anda telah tetapkan, jika anda risau untuk terbangun untuk mematikannya.

Butang Swing

Fungsi butang Swing adalah untuk mengawal pergerakan horizontal louver AC. Anda boleh menetapkan arah hembusan angin sesuai dengan keinginan anda. Butang ini juga membolehkan pengawalan secara manual atau automatik. Jika automatik, louver akan berayun secara berterusan untuk mengubah arah hembusan angin secara berterusan.

Butang Turbo

Jika anda suka bilik menjadi sejuk dengan cepat, butang Turbo adalah pilihan yang sesuai. Ia meningkatkan daya penghawa dingin AC untuk segera menyejukkan bilik atau rumah.

Butang Mode

Butang Mode membolehkan anda memilih antara tiga mod utama:

Fan Mode: Menyalakan kipas dalam unit AC tanpa menggunakan unit luar. Mod ini menghasilkan udara yang tidak sejuk seperti mod Cool dan membantu menjimatkan tenaga.

Cool Mode: Digambarkan dengan simbol salji, mod ini menghasilkan udara sejuk dengan cepat selepas dihidupkan.

Dry Mode: Digambarkan dengan simbol titisan air, mod ini mengurangkan kelembapan di dalam bilik sambil tetap memberikan udara sejuk dari AC.

Sekarang anda sudah faham fungsi setiap butang pada remote AC? Pastikan untuk mengetahui apa yang anda inginkan sebelum menekan butang tersebut untuk keselesaan yang lebih baik.

BACA: Patutlah orang cina banyak simpan untuk pendidikan, melancong dan makan sedap, ini rahsianya rupanya