Realtime website trackingweb stats

Wisma tidak dapat hubungi Ebit Lew

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Wisma Putra merujuk kepada Kementerian Luar Negeri Malaysia. Ia juga merupakan nama bagi Kompleks Kementerian Luar Negeri yang terletak di pusat pentadbiran Malaysia, Putrajaya. Antara tugas mereka adalah menjamin keselamatan dan kepentingan Malaysia di luar negara

Kementerian Luar Negeri sedang mendapatkan perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew yang kini difahamkan masih berada di Gaza dalam misi kemanusiaan bagi membantu rakyat negara terbabit.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Kamarudin Jaafar berkata, pihaknya akan memeriksa lanjut tarikh penerbangan pulang pendakwah itu ke tanah air.

“Kami sedang periksa (perkembangan Ebit),” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.


Gambar: dimuat naik di Facebook Ebit Lew pada 27 Mei lalu memaklumkan beliau
akan bergerak ke Gaza bagi menghantar bantuan barang keperluan asas dan ubat-ubatan. – Facebook Ebit Lew

 

Pada tarikh 25 Mei, Ebit Lew dilapor berlepas ke Mesir untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat Palestin yang terjejas akibat serangan Israel.

Kamarudin dalam satu kenyataan pada 26 Mei lalu, memaklumkan misi kemanusiaan untuk rakyat Palestin yang dirancang oleh delegasi Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew itu mendapat kelulusan perjalanan dan tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) semasa.

Menurutnya, segala persiapan dan persediaan dilakukan oleh pihak Ebit Lew sendiri, menerusi kerjasama rapat dengan rakan NGO di Mesir. Tindakan Ebit Lew tidak mengemas kini laman sosial miliknya sejak berlepas ke Mesir menimbulkan kerisauan buat masyarakat negara ini khusus pengikutnya.

Gambar: Ebit Lew memuat naik sekeping gambar. 

Pada 12 June – Sabtu, Ebit Lew telah memuat naik gambar berserta kapsyen “Doakan ya. Alhamdulillah semua dalam keadaan baik. Semoga menjadi asbab kebaikan.” di laman sosial miliknya. Kini, kita sudah tahu perkembangan terkini mengenai pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Kami menjemput dan mengalu-alukan untuk kongsikan pandangan dan artikel penulisan anda ke NextStep Malaysia:
[email protected]