Realtime website trackingweb stats

Baru tahu rupanya makruh solat sambil pejam mata, ini situasi yang ramai patut tahu

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seseorang digalakkan untuk memandang ke tempat sujud semasa menunaikan solat agar lebih khusyuk.

Walau bagaimanapun, ada individu yang memilih untuk memejamkan mata semasa sembahyang untuk mengasingkan diri dari dunia sekeliling dan merasai lebih mendalam kekhusyukan ibadah.

Isu ini telah menjadi perbincangan di media sosial, dengan dakwaan bahawa memejamkan mata semasa solat adalah makruh,

iaitu satu amalan yang tidak disukai oleh Allah SWT. Penerangan terperinci mengenai perkara ini disampaikan melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

“Memperjelaskan mata semasa solat dianggap makruh oleh sesetengah ulama kerana ia bertentangan dengan galakan untuk memandang ke tempat sujud.

Baru tahu rupanya makruh solat sambil pejam mata, ini situasi yang ramai patut tahu

“Mereka merujuk kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A. bahawa Rasulullah SAW bersabda melalui Riwayat Al-Thabrani (1/37):

“Apabila salah seorang dari kamu berdiri dalam solatnya, janganlah dia memejamkan mata,” katanya.

Berdasarkan hadis ini, Imam Ibn Al-Qayyim menyimpulkan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak pernah memejamkan mata ketika solat.

“Pandangan ulama agama berbeza mengenai kemakruhan menutup mata semasa solat. Sebagai contoh, Imam Ahmad menganggap amalan ini menyerupai golongan Yahudi dan meletakkannya sebagai makruh.

“Namun, ulama lain membenarkannya dan tidak menganggapnya sebagai makruh. Mereka berpendapat bahawa tindakan ini membantu meningkatkan kekhusyukan, yang merupakan inti sebenar dari solat,” jelas beliau.

Selepas dibincangkan dengan lebih lanjut, tokoh terkemuka dalam mazhab Imam Al-Syafi’e, iaitu Imam Izzuddin Izz bin Abd Al-Salam, menyarankan untuk menilai situasi secara individu.

“Lebih afdal untuk membuka mata semasa solat, selagi ia tidak mengganggu kekhusyukan. Tetapi jika ada gangguan di hadapan yang menghalang fokus, adalah dibenarkan untuk menutup mata.

“Walaupun awalnya dianggap makruh, jika memejamkan mata membantu seseorang untuk lebih fokus dan khusyuk semasa solat, maka tindakan ini adalah dibenarkan dan ada kalanya menjadi lebih utama,” terangnya.

BACA: Nak baca DM Instagram tanpa keluar ‘seen’, ramai tak tahu senang je caranya!