Mentega bukan sahaja sedap disapu pada roti ketika sarapan, tetapi juga sering digunakan sebagai bahan utama
Dalam pembuatan roti atau kek, serta sebagai pengganti minyak untuk menumis semasa memasak.
Namun, tahukah anda bahawa mentega mempunyai pelbagai kegunaan lain selain untuk memasak?
Berikut adalah beberapa kegunaan mentega yang mungkin tidak anda ketahui.
Menjaga Kesegaran Keju
Keju boleh bertahan lama, tetapi ia mudah menjadi keras dan berkulat jika tidak dijaga. Untuk mengelakkannya, sapu mentega pada permukaan keju untuk menjaga kesegarannya dan mencegah pembentukan kulat.
Setiap kali memotong keju, sapu bahagian yang dipotong dengan mentega sebelum menyimpannya di dalam peti ais.
Membersihkan Kotoran pada Patung
Kanak-kanak suka bermain dengan anak patung dan seringkali mencetak atau mencontengnya sehingga menjadi kotor. Untuk mengatasi masalah ini, sapu sedikit mentega pada bahagian yang kotor. Biarkan selama beberapa hari di bawah sinaran matahari dan bilas dengan air sabun sehingga bersih.
Memotong Makanan Berlekit
Memotong makanan berlekit seperti lemang atau nasi impit boleh menjadi sukar dan meninggalkan kotoran pada pisau. Untuk mengelakkan masalah ini, sapu sedikit mentega pada pisau untuk menjadikannya licin, memudahkan anda memotong makanan yang melekit. Mentega akan berfungsi sebagai pelincir.
Elak Air Mendidih Melimpah
Ketika merebus sayur atau daging, seringkali air mendidih akan melimpah keluar dari periuk. Untuk mengatasi situasi ini, tambahkan setengah sudu makan mentega atau sapukan di bahagian tepi periuk sebelum mengisi air. Mentega akan bertindak sebagai agen penghalang untuk mengelakkan air daripada melimpah ketika mendidih.
BACA: Usaha tak khianati hasil, peniaga murtabak bayar deposit rumah guna duit syiling