Pada zaman moden ini, terdapat banyak barang kemas baharu yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi,
hadir dalam pelbagai bentuk seperti jongkong, syiling, not, syiling wafer, dan yang paling diminati, perhiasan emas.
Seiring dengan perkembangan zaman, terdapat pelbagai rekaan yang ditawarkan di pasaran untuk memenuhi citarasa pencinta emas.
Malah, emas yang tersedia kini tidak hanya berwarna kuning tetapi juga datang dalam pelbagai warna.
Namun, persoalannya, adakah emas berwarna lain mempunyai nilai yang sama seperti emas kuning?
Nilai suatu barang kemas dinilai berdasarkan kandungan emas yang terdapat di dalamnya. Berikut adalah beberapa jenis emas yang sering digunakan untuk menghasilkan pelbagai rekaan barang kemas:
Emas 999 (24K):
Memiliki kandungan emas sebanyak 99.9% dan sering digunakan untuk menghasilkan jongkong, syiling, not, dan syiling wafer. Walaupun emas ini digunakan dalam beberapa rekaan barang kemas, penggunaannya terhad disebabkan kelembutan emas yang memerlukan penjagaan teliti agar tidak mudah rosak atau terkecil.
Emas 916 (22K):
Pilihan utama untuk barang kemas kerana lebih padu berbanding emas 999. Memiliki kandungan emas sebanyak 91.6% dan dicampur dengan aloi untuk meningkatkan kekuatan struktur rekaan emas.
Emas 750 (18K):
Biasanya digunakan untuk melapisi batu permata dan digunakan dalam pembuatan cincin perkahwinan, pertunangan, dan hadiah khas. Emas jenis ini mengandungi 75% emas.
Emas 585 (14K):
Memiliki kandungan emas sebanyak 58.5% dan sering digunakan dalam aksesori kerana kekuatan yang sangat tinggi.
Emas 375 (9K):
Emas dengan kandungan emas terendah iaitu sebanyak 37.5%. Dikenali juga sebagai emas suasa dan popular dalam pembuatan cincin lelaki.
Walaupun ada warna emas lain di pasaran selain warna kuning, nilai emas tidak dipengaruhi oleh warna tetapi oleh kandungan emasnya. Terdapat tiga cara untuk mengubah warna emas asal menjadi warna lain seperti emas putih atau merah jambu:
Campuran Aloi: Emas asli yang lembut dicampur dengan aloi seperti perak, platinum, tembaga, dan aluminium untuk menghasilkan warna-warna seperti emas putih dan merah jambu.
Elektroplating: Proses menambah lapisan emas secara elektrolitik pada barang kemas untuk mengubah warna asalnya. Warna yang dihasilkan biasanya terhad kepada emas putih dan merah jambu.
Kemasan Cataphoresis Lacquer: Jenis kemasan ini digunakan untuk mengubah warna emas tanpa mengubah berat barang kemas itu sendiri. Warna yang dihasilkan tidak hanya terhad kepada emas putih dan merah jambu, tetapi juga merangkumi warna lain seperti merah, ungu, hijau, dan biru.
Warna-warna ini tidak akan pudar dan akan kekal jika penjagaan yang betul diberikan terhadap barang kemas tersebut.
BACA: Guna je 3 bahan ini, pasti cepat mati rumput, tak perlu dah guna racun