Masalah besar yang selalu dihadapi pemilik kereta apabila tingkap kereta tak boleh berat disebabkan oleh masalah pada power window.
Ini biasanya berlaku pada kereta yang telah digunakan bertahun-tahun.
Salah satu punca utama masalah ini adalah kerana tidak menjaga getah pada tingkap kereta atau run channel dengan baik
Getah yang rosak ini boleh menyebabkan pergerakan tingkap menjadi terganggu.
Untuk melancarkan pergerakan cermin tingkap kereta anda, berikut adalah nasihat dan tips yang dikongsi oleh laman TikTok Altimate Auto Garage.
“Korang tolonglah jaga getah ini (getah tingkap), getah ini orang panggil run channel. Kalau korang tak jaga getah ini, itu yang rosak power window,” pesan seorang pemuda.
Beliau menambah, apabila anda menaikkan tingkap kereta dan terasa berat, itu bermakna getah (run channel) perlu diberi perhatian. Masalah pada run channel boleh menyebabkan tingkap kereta menjadi berat.
“Bila tingkap jadi berat, motor dekat power window akan bergerak secara paksa. Bila motor gerak secara paksa, ia akan menjadi panas sehingga menyebabkan jam. Jadi, bila motor menjadi panas waktu itu motor akan rosak,” kongsi pemuda tersebut.
Tips penjagaan getah tingkap kereta
Dalam video tersebut, pemuda tersebut turut berkongsi cara-cara menjaga getah tingkap kereta.
Caranya sangat mudah, iaitu dengan menyemburkan silicone spray atau minyak pada celah getah tingkap. Ini akan membuat pergerakan cermin tingkap kereta menjadi lebih lancar.
Beliau juga menyarankan, dengan menjaga run channel dengan baik, anda boleh mengelakkan perbelanjaan besar untuk membaiki kerosakan pada motor power window.
BACA: Terkejar-kejar balik kerja dan ambil anak balik sekolah? Ini cara defrost ayam tak sampai 10 minit