Zaman sekarang, perkembangan kenderaan semakin canggih sejalan dengan masa.
Reka bentuk kenderaan juga turut mengikutinya. Banyak ciri-ciri menarik ditawarkan dalam kenderaan moden.
Salah satu ciri penting bagi ibu bapa adalah child safety lock. Namun, tahukah anda bahawa kebanyakan kenderaan hari ini dilengkapi dengan ciri ini, walaupun ramai yang tidak sedar.
Seorang lelaki di TikTok telah berkongsi cara mengaktifkan ciri child safety lock ini selepas mendapat permintaan ramai untuk tunjukkan.
Menerusi video di TikToknya, lelaki tersebut menjelaskan cara mudah untuk mengaktifkan child safety lock, terutamanya kerana banyak insiden melibatkan kanak-kanak.
Fungsi utama child safety lock adalah untuk mencegah kanak-kanak daripada membuka pintu kereta dari dalam, terutamanya semasa kereta sedang bergerak.
Ciri ini penting kerana ia dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini ketika ibu bapa sedang memandu.
BACA: Ini sebab kenapa penumpang sebelah pun tak boleh panik dan menjerit ketika kecemasan