Daging lembu, ayam, dan ikan biasanya disimpan di bahagian peti sejuk beku untuk mengekalkan kesegarannya.
Apabila perlu digunakan, proses defrost diperlukan untuk mencairkan bahan-bahan tersebut.
Namun, ramai mengeluh kerana terpaksa menunggu lama untuk melunakkan bahan mentah tersebut.
Lebih buruk lagi, sering kali kita lupa untuk mengeluarkan bahan-bahan tersebut lebih awal sebelum memulakan proses memasak.
Anne Permata berkongsi satu petua mudah yang membolehkan proses defrost dilakukan dengan cepat.
Cara-cara:
-Ambil air suam dan tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi ayam beku.
-Campurkan garam dan cuka dalam nisbah yang sama. Contohnya, satu sudu garam dan satu sudu cuka.
-Biarkan larut dan rendam selama tujuh minit.
-Untuk defrost makanan laut, lima minit sudah mencukupi.
Dengan cara ini, anda dapat melunakkan ayam, daging, dan ikan dalam masa tujuh minit sahaja
BACA: Betulkah durian boleh tenangkan fikiran, sesuai untuk orang yang susah tidur