Risiko terlibat dalam situasi kecemasan atau kemalangan jalan raya tetap ada walaupun anda mempraktikkan pemanduan yang selamat.
Jika berlaku kecemasan, pemandu digalakkan untuk tetap tenang agar dapat mengawal kenderaan dengan cekap.
Demikian juga untuk penumpang, disarankan untuk tidak panik atau memberikan tindak balas berlebihan yang boleh memburuk keadaan.
Public Health Malaysia melalui perkongsian di Facebook memberi amaran kepada pemandu dan penumpang agar tidak menggelabah
ketika menghadapi situasi seperti hujan lebat, angin kencang, banjir atau bencana alam lain.
Hal ini kerana tindak balas yang berlebihan atau panik boleh mengganggu pemanduan dan meningkatkan risiko kemalangan.
Pemandu dan penumpang disarankan untuk kekal tenang apabila berhadapan dengan kecemasan.
Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan jika berada dalam kecemasan:
1. Jangan cetuskan suasana panik sebaliknya perlu kekal bertenang.
2. Bertenang dan lakukan deep breathing (teknik pernafasan).
3. Berhenti jika ada ruang yang selamat.
4. Tidak perlu menjerit.
5. Jangan pegang stereng.
Sebelum ini tular di media sosial apabila seorang wanita yang merupakan penumpang di sebelah pemandu menggelabah apabila angin lintang berlaku di sebuah lebuh raya.
Menerusi video berdurasi 30 saat yang dikongsikan di media sosial, wanita berkenaan terjerit-jerit ketika suaminya sedang mengharungi situasi cemas ketika hujan lebat diselangi petir.
Di ruangan komen, rata-rata netizen menyarankan agar wanita itu tidur daripada mencetuskan situasi panik yang berlebihan hingga memburukkan lagi keadaan.
BACA: Guna 1 bahan sahaja cuci lantai ‘confirm’ berkilat sampai boleh nampak dosa masa lalu